KASIH BUKAN SEKADAR CINTA.

OLEH: AMRI HJ YAHYA

BAKK!!! Bunyi pintu yang kuat oleh Efa.Cepat-cepat dia mengunci tombol pintu biliknya.Kemudian dia merebahkan tubuhnya ke atas tilam yang empuk itu lalu menekam mukanya dengan bantal.

“Efa buka pintu ini.” Kata Puan Maznah selaku ibu Efa.

“Mama jahat, kenapa Mama lepaskan Alan pergi!” Jerit Efa dari kamarnya.

Puan Maznah mengeluh kecil selepas mendengar butir bicara dari anaknya,dia memandang suaminya yang berada disisinya.Efa ialah satu-satunya anak tunggal dalam keluarga itu.Memandangkan kehidupan mereka yang mewah, hubungan kekeluargaan antara mereka tidak semesra keluarga lain.

“Puan, Tuan,biar saya yang cakap dengan dia.” Ujar Alan tiba-tiba bila suasana menjadi tegang.

Sejak dari kecil Alan menjaga Efa dan hubungan mereka sangat rapat.Pada suatu ketika dahulu,Alan menjadi anak yatim piatu selepas ibu bapa mereka terlibat dengan satu kemalangan yang penuh tragis.Lagi menyedihkan, saudara-mara mereka tidak mahu menghulurkan bantuan dan melepas tangan dalam kes hak penjagaan Alan pada masa itu.Mujur Tuan Kairy sedang mencari kanak-kanak yang boleh bermain dengan anaknya lalu dia pun mengambil Alan sebagai anak angkat.Oleh sebab, Alan dijaga oleh Tuan Kairy dan Puan Maznah sejak dia berumur 12 tahun.Alan berasa sungguh terhutang budi dengan Tuan Khairy dan Puan Maznah akhirnya dia menawarkan diri untuk berkhidmat di bawah arahan Tuan Khairy.

“Cik muda, bukalah pintu ini.” Pujuk Alan dengan nada perlahan.Tiada sebarang jawapan dari Efa.

“Cik muda..” Panggil Alan lagi.

“Pergilah awak Alan, saya tak nak jumpa awak lagi!” Terpilak Efa yang masih berada di dalam bilik.

Alan tersenyum kelat selepas mendengar kata-kata yang dilemparkan oleh Efa.Kemudian dia memandang kedua-dua majikan mereka.

“Tak apalah Tuan Puan, saya akan pujuk dia.Lagipun salah saya.” Ujar Alan kepada Tuan Khairy dan Puan Maznah.Tuan Khairy menepuk-nepuk belakang bahu Alan.

“Kami serahkan pada awak Alan.” Ujar Tuan Khairy.Kemudian mereka berdua beredar dari situ.

* * * * *

Sudah beberapa hari Efa tidak menegur Alan akibat peristiwa itu.Atas kebenaran Tuan Khairy melepaskan Alan untuk melanjutkan pelajarannya di Jepun,Puan Maznak hanya mampu bersetuju walaupun berat untuk melepaskan Alan yang sudah dianggap anaknya sendiri.Lagipun selama ini Alan lah yang telah melayan karenah anaknya yang manja itu.

“Cik muda.” Sapa Alan sambil menghampiri Efa yang sedang duduk di tepi kolam renang di villa milik Tuan Khairy.

Efa tidak menjawab sapaan itu sebaliknya dia tidak mengendahkan Alan yang ingin menegurnya itu,marah hatinya masih berbisa.Kakinya ligat bermain air yang jernih itu.

“Cik muda masih marah lagi ke?” soal Alan smbil menjengah wajah ayu Efa yang sedikit terlindung dengan rambutnya yang panjang itu.

“Awak tak ada kerja ke?Buatkan saya jus epal.” Arah Efa tanpa memandang wajah Alan.

“Baiklah Cik muda.” Jawab Alan tanpa sebarang bantahan.Kemudian dia beredar dari situ.

Efa hanya memandang Alan dari belakang sehingga hilang bayangan Alan dimatanya.

‘Ahh!!! Sudahlah,kalau nak sangat pergi belajar kat Jepun tu pergilah! Malas aku nak layan.” Dengus Efa sendiri.Mukanya masam mencuka.

“Mama dengan Papa pun satu, kenapa lepaskan Alan pergi macam tu aje? Siapa pula yang bakal menjadi pengganti Alan selepas ni?” Gomel Efa lagi.

“Hehe..” Alan ketawa kecil selepas mendengar gomelan dari mulut Efa.Dia menghampiri Efa dengan segelas jus epal.

Pantas Efa menoleh ke arah bunyi ketawa itu, mukanya masam mencuka melihat wajah Alan yang tersenyum padanya.

“Apa senyum-senyum?” Soal Efa bengis.

“Maaf lah cik muda.Kalau perkara itu yang Cik muda risaukan selama ini, saya dah cari jalan penyelesaian pun.Cik muda jangan risau, pembantu peribadi yang baru itu lebih baik dari saya.” Ujar Alan tersenyum sambil menghulurkan segelas jus epal yang diminta oleh Efa sebentar tadi.

Membulat mata Efa bila Alan berbicara begitu.Amboi senangnya dia cakap pembantu peribadi yang baru ni lebih bagus dari dia.Kalau betul pun hakikat itu bagaimana pula dalam kes keserasian?Sedap mulut sahaja cakap macam itu dengan selamba.Tak guna Alan! Gomelhati Efa.

“Ah sudahlah,saya dah tak ada mood nak minum jus tu.” Dengus Efa.

“Kenapa?” Soal Alan.

“Kenapa awak tanya?Sebab awak lambatlah!” Ujar Efa sambil menjeling ke arah Alan.

“Cik muda janganlah macam ni.Penat saya buatkan jus ni untuk Cik muda,dengan penuh perasaan tau.” Pujuk Alan sambil mempamerkan muka kesiannya itu.

“Penuh perasaan ke?Separuh perasaan ke? Saya peduli apa.Oh sekarang ni barulah nak bercakap tentang perasaan.Kalau awak sayangkan saya Alan, awak jangan pergi tawaran belajar dekat Jepun tu.” Ujar Efa selamba.

Alan hanya merenung wajah Efa tanpa menjawab apa.Kemudian dia mengeluh kecil.Sepanjang perkhidmatan Alan sebagai pembantu peribadi Efa selama enam tahun,tanpa disedari satu perasaan pelik wujud antara mereka.Oleh kerana khidupan Efa yang mewah ini takkanlah Alan akan selamanya berkerja untuk menjadi sebagai pembantu peribadinya sahaja.Oleh sebab itulsh, Alan mahu belajar di Jepun dan ingin menjadi orang yang berkerjaya dan akhirnya boleh melamar Efa sebagai seorang lelaki yang setaraf dengannya.

“Saya belajar jauh-jauh untuk Cik muda juga.” Ujar Alan dengan nada perlahan.

“Hah? Apa?” Soal Efa akibat tidak mendengari butir bicara Alan.

“Erm,walau macamanapun saya mesti terima tawaran belajar ini Cik muda.”

Jawab Alan dengan nada serius sambil memandang wajah Efa.

“Saya bencilah awak Alan! Awak lagi pentingkan itu semua berbanding dengan saya.Sudahlah,kalau awak dah bosan nak jaga saya.” Ujar Efa lalu dia bangun dari duduknya.Belum sempat Efa lalu disebelah Alan,langkahnya mati.

“Apa ni lepaslah!” Terpilak Efa sambil menarik tangannya dari genggaman Alan.

“Mana ada saya cakap itu semua lebih penting daripada Cik muda?Saya harap Cik muda faham dan satu yang saya pinta,tolonglah jangan benci dengan diri saya.Lagipun saya pergi bukan untuk selamanya.Saya sukakan Cik muda.Saya tak pernah rasa bosan pun untuk jaga Cik muda.”Ujar Alan panjang lebar.

“Peliklah awak ni,sudahlah!” Balas Efa lalu beredar dari situ.Dia mengenggam baju di bahagian dadanya.Dup! Dap! Dup! Dap! Kencang sekali jantungnya berdegup.

* * * * *

PRANGG!!! Habis berderai gelas kaca yang kosong itu.Menitis-nitis darah yang keluar dari anak jari Efa.Efa hanya melihat jarinya yang terluka akibat terkena serpihan kaca itu.

“Cik muda.” Sapa Misa iaitu pembantu peribadi yang baru masuk bekerja dan mengantikan posisi Alan.

“Ahh...jari Cik muda berdarah,biar saya ambil peti kecemasan dulu,” Ujar Misa lagi lalu beredar dari situ.

Sementara menunggu Misa mengambil peti kecemasan itu,Efa mencuci jarinya yang berdarah itu.

“Jangan, Cik muda tak boleh wat macam tu!” Ujar Alan lantas mencapai tangan Efa.

“Eee..kenapa pula?” soal Efa ingin tahu.

“Kalau jari Cik muda luka dan berdarah,lita tak boleh cuci dengan air.Nanti banyak darah yang akan keluar.Sepatutnya Cik muda buat macam ni,” ujar Alan,dia mengeluarkan sapu tangannya lalu menekapkan jari Efa ke sapu tangan itu.Setelah darah dijari itu berhenti mengalir,barulah ia menyapukan ubat ke jari yang luka itu.

“Cik Muda.” Sapa Misa lantas mematikan lamunan Efa.Sejak seminggu Alan sudah berangkat ke Jepun,Efa sentiasa teringat peristiea lampau mereka.

“Minta kain kapas tu.” Ujar Efa kepada Misa.

Misa hanya menganggukkan kepala lalu menghulurkan kain kapas yang diminta oleh majikannya.Efa menekap jarinya yang berdarah itu dengan kain kapas lalu dia memandang wajah Misa.

“Kalau awak nak tahu,jika salah satu anggota badan kita luka berdarah,kita jangan cuci dengan air dahulu.Kalau kita cuci luka yang berdarah tu dengan air,nak tahu apa jadi?”Efa berteka-teki dengan Misa.

“Apa yang terjadi Cik muda?” Soal Misa.

“Nanti darah makin banyak keluar mengalir.Hahaha..” Ujar Efa lalu tergelak.

“Dari mana Cik muda tahu?” Soal Miasa sambil memandang wajah majikannya.

“Dari mana?” Ulang Efa lalu dia membisu seketika.

“Pembantu peribadi saya yang dulu yang ajar.Alah dia tu bukan pandai mana pun,tapi nak bagi orang tips pula.” Gomel Efa sendiri.

Misa hanya mendengar tanpa membalas apa.Terdetik perasaan yang pelik selepas mendengar butir bicara Efa.Kalau orang itu tak penting bagi dirinya kenapa mesti dengar kata-kata darinya? Bisik hati Misa.

* * * * *

VROOMM!! Megah kereta BMW berwarna biru meluncur diatas jalan.Lagu irama jazz dimainkan dan mengenai mood pada masa itu.

“Efa, kenapa ni?” Soal Ezairy iaitu teman kepada Efa.

Ezairy ialah anak orang ternama di bandar itu, ayahnya seorang usahawan yang berjaya seperti ayah Efa dan ibunya pula seorang pelakon yang terkenal. Sejak dari bangku sekolah menengah rendah mereka sudah menjadi kawan, dan pernah pada waktu seketika dahulu ibu bapa mereka menyatukan mereka bila mereka dewasa nanti.Namun Efa tidak memberi sebarang respon.

“Tak ada apa.” Jawab Efa, matanya masih memandang keluar tingkap.

“You jangan nak bohonglah, you ingat I tak tahu memek muka you tu!” Ujar Ezairy sambil melirik mata kepada Efa.

“Eza ni sibuk betul nak tahu tepi kain orang.Dah tak ada kerja ke Encik Eza?”Gomel Efa.

“Of cause I should busy body with your problem, because I love you Efa.” Ujar Ezairy dengan serius.Efa memandang wajah kacak itu.

“Eza, kan Efa dah cakap yang kita ini sekadar kawan baik sahaja. Efa tak boleh terimalah hubungan kita lebih dari sekadar kawan baik,” Ujar Efa selamba.Berkerut dahi Ezairy selepas mendengar ayat-ayat yang dilemparkan oleh Efa kepadanya.

“Sedikit pun you tak ada perasaan terhadap I ke? Ke hati you dah tertarik kat pembantu peribadi you tu.” Duga Ezairy.

Efa mengeluh pendek, dia memandang wajah Ezairy kemudian dia mencubit pipi Ezairy dengan kuat.

“Hei, sakitlah!” Jerit Ezairy sederhana kuat.

“Tak payahlah Eza nak duga Efa,biar Efa bagi tahu segalanya.Memang betul si polan tu dah curi hati Efa.Yang Efa geram sekarang ni boleh pula si Alan tu luahkan perasaan dia dengan selamba kat Efa, pastu dia boleh pula tinggalkan Efa kat sini sorang-sorang tanpa sebarang berita.Efa benci dia!” Ujar Efa penuh perasaan, tak lama selepas itu pipinya dibasahi oleh air matanya.

Terkedu Ezairy apabila gadis yang asalnya ceria itu tiba-tiba menangis disebelahnya.Ezairy menghentikan kereta mewahnya ditepi bahu jalan.

“Efa you jangan menangis, I tak boleh tengok orang I suka ni menangis depan I.Kalau dia membisu tanpa berita, apa kata you sahaja yang pergi cari dia.” Cadang Ezairy sambil mengesat air mata yang membasahi pipi gadis kesukaannya.

“Eza..thanks.” Ujar Efa sambil tersenyum.

Sudah cukup bahagia melihat orang yang kita sayangi tersenyum dan memiliki kebahagiaannya. Walaupun kita tidak dapat berdamping dengan orang yang kita cintai,apa yang penting melihat orang yang kita cintai memiliki kebahagiaan dalam kehidupannya. Itulah cinta sejati namanya. Detik hati Ezairy.

* * * * *

Nyaman suasana petang di taman tepi tasik yang dipenuhi pokok-pokok sakura.Angin petang yang bertiup itu menggugurkan kelopak-kelopak bunga sakura yang berwarna merah jambu muda. Alan menikmati suasana petang itu sambil melihat kelopak-kelopak bunga sakura yang jatuh berguguran. Rasa rindunya terhadap Efa semakin membuak-buak.Namun begitu, dia harus tetap melawan perasaan itu.

Untuk memendekkan tempoh belajarnya disitu selama satu tahun,Alan mestilah lulus dengan cemerlang dalam ujian yang bakal diambil.Oleh itu, matlamatnya sekarang untuk menumpukan perhatian terhadap pelajarannya.

“Alan-San.” Sapa Mayumi yang berlari anak kearahnya.

“Senior Mayumi, ada apa? Soal Alan kepada sahabat baiknya di Jepun.Mayumi banyak membantu Alan dalam apa jua masalah, dan dia adalah seorang pendengar yang setia.

“Prof cakap melalui keputusan analisis kelayakan untuk awak habiskan kos awak ni dalam masa satu tahun,awak berkelayakan.” Ujar Mayumi fasih berbahasa Melayu.

“Betul ke? Allhamdulillah.” Ujar Alan bersyukur kepada Tuhan.

Tidak jauh dari situ Efa dan Ezairy melihat kemesraan Alan dengan dengan seseorang gadis. Tanpa bersuara, Efa terus menghampiri Alan dengan perasaan marah.

“Alan! Patutlah selama ini awak diam tanpa sebarang berita.Rupa-rupanya dah ada awek kat sini.Sikit punyalah rindu setiap kali saya teringatkan awak,sampai kadang-kala tu saya tak boleh tidur.” Terpilak Efa melepaskan geramnya.

“Cik muda?” Ujar Alan seakan tidak percaya apa yang dilihatnya.

Mayumi memandang ke arah Efa yang sudah menangis teresak-esak itu. Lalu dia tersenyum.Inilah gadis yang sering diceritai oleh Alan selama ini.Gadis yang dicintainya.Tak lama selepas itu Mayumi memandang Ezairy yang sedang memerhatikan gelagat Efa dan Alan.

“Cik muda, dengar sini.Apa yang Cik muda anggap tu semuanya salah belaka.”Terang Alan sambil memegang kedua-dua bahu Efa.

“Bohonglah, saya nampak kemesraan awak dengan dia tadi! Awak jangan nak nafikan hakikat itu pula Alan.” Dengus Efa.

Tersenyum Alan selepas mendengar ayat yang dilemparkan oleh Efa.Ternyata sekali, gadis itu sedang cemburu terhadap gadis lain yang mendampingi dirinya.Sebelum ini, amat sukar sekali untuk melihat Efa bersikap sebegini.

“Apa yang awak senyumkan ni?Marah Efa, matanya merenung ke arah wajah Alan yang tampak cute itu, adalah sedikit ala-ala pelakon remaja Jepun Kanata Hongo itu.

“Sah Cik muda ni cemburu.” Ujar Alan sambil mencubit pipi gebu Efa.

“Ya, memang saya cemburu!” Jawab Efa jujur, namun mukanya merah menahan malu.

“Cik muda tak percayakan cinta saya selama ini.” Alan merenung mata Efa.

“Apa?” Soal Efa, pura-pura tak mengerti.

“Cik muda tak ingat ke sebelum saya melanjutkan pelajaran saya kat Jepun, saya ada cakap sesuatu yang penting kat Cik muda.” Ujar Alan serius.

“Apanya? Saya tak ingat pun.” Uji Efa, dia sengaja bercakap sedemikian.

“Saya cintaka Cik muda, I love you, I Shi Teru..cukup?” Soal Alan kepada Efa, mukanya sudah naik merah.

“Ai Shi Teru? Apa tu?” Soal Efa.

Tergelak Mayumi selepas mendengar pertanyaan dari Efa.Mayumi akhirnya menghampiri Ezairy yang mematung dari tadi. Lelaki itu seakan penonton setia kisah cinta mereka berdua.

“Hai.” Sapa Mayumi.

“Err..hai,sorry disturb you and Alan.Oh, I forgot to introduce myself.My name Ezairy.How about you?”Ujar Ezairy berbahasa Inggeris.

“Saya Mayumi.” Jawab Mayumi berbahasa Melayu. Terkedu Ezairy disitu.

“Eh,pandai cakap bahasa Melayu rupanya,” Ujar Ezairy sambil ketawa.Akhirnya mereka berbual-bual di bawah pokok sakura.

“Alah..Ai Shi Teru..Cik muda tak tahu ke?” Soal Alan kepada Efa.

“Tak.” Jawab Efa ringkas.

“Cik muda, ‘Ai Shi Teru’ tu bermaksud saya sayangkan Cik muda.Eiskh..Cik muda ni sengaja nak kenakan saya ni.Malulah saya asyik saya saja yang cakap macam tu kat Cik muda.Apa pula perasaan Cik muda terhadap sa...”

“Saya sayangkan awak lebih dari segalanya. Tapi jangan panggil saya dengan gelaran ‘Cik muda’ lagi.Sebab awak sekarang bukan lagi pembantu peribadi saya,tapi kekasih hati saya.” Pintas Efa sambil melemparkan senyuman manis kepada jejaka idamannya.

Hari ini sudah cukup bahagia selepas mendengar luahan hati masing-masing.Untuk apa selama ini kita sepi tanpa cinta.Adalah lebih baik kita meluahkannya daripada memendamkan perasaan kita di dalam hati sahaja.Bisik hati Alan.

“Tunggu kepulangan saya Efa..” Ujar Alan kepada Efa sambil melemparkan senyuman.Akhirnya terubat juga rindu dihati mereka.

* * * * *

-TAMAT-

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.