STS PUTERI MAHSURI.

KARYA : AMRI HJ YAHYA.

Waktu yang ditunggu-tunggu telah pun tiba,masing-masing begitu teruja untuk menaiki sts puteri mahsuri tidak sabar rasanya rasa di hati maklum la kali pertama dapat mencuba sesuatu yang baru,masing-masing telah menggambarkan betapa cantiknya puteri mahsuri,sebelum detik indah itu tiba,mereka tiba-tiba bertukar wajah apabila diminta untuk berjalan kaki menuju ke kapal tersebut dibawah sinaran mentari pagi.

“Aduh,terbakar kulit Mas kalau macam ni”rungut Mazdah.

“Mas dah pakai krim pelindung matahari ke belum?”soal Syafiq.

“...Dah tapi panas la..”rengek Mas sedikit mengada-ngada.

“Ala panas sikit tu pun,tahan la sikit!”sampuk Dania yang meluat dengan perangai Mas itu.

“Betul tu,lagipun cahaya matahari pada waktu pagi baik untuk kulit kita,”sokong Syakirin. “Lebih-lebih untuk kulit yang tak berapa baik,”sambung Syakirin selamba.

Mas hanya diam sambil merenung tajam ke arah mereka berdua.Dania tergelak,Syakirin memandangnya sambil mengangkat keningnya.

“Apa?...”soal Syakirin,pura-pura tidak faham.

Lalu keempat-empat puluh orang peserta itu berjalan dalam satu barisan,kemas.Jika dilihat dari pandangan atas,mereka kelihatan seperti semut yang mengusung makanan..Beberapa minit selepas berjalan.

“Ini ke kapalnya?”soal Dania “... ‘cantik’ betul...”sambungnya lagi.

“Macam kapal dalam cerita ‘pirates of Caribbean’je,”sampuk Azira,peserta dari Selangor yang terpilih untuk menyertai pelayaran itu.

“Mungkin dia orang pinjam kapal ni,agaknya”ujar Syakirin melawak.

“Mungkin juga....”sambung Dania sambil ketawa.

Tidak jauh dari situ jelas kelihatan dua orang lelaki melayu dan seorang perempuan inggeris sedang menunggu kedatangan mereka.

“Aku rasa dia orang la trainer yang cikgu cakapkan masa kat pusat ko-ko,tu”bisik Dania kepada Syakirin

“Alamak aku terlupa bawa kamus la,macam mana ni...”ujar Syakirin apabila terpandang wanita inggeris itu.

“Aku pun sama...”jawab Dania.Mereka berdua berpandangan lalu ketawa serentak.Azira hanya tersenyum sambil menggelang-gelengkan kepalanya.

Dania dan Syakirin ketika di pusat ko-kurikulum di Lumut,Perak (sebelum pelayaran),mereka berdua umpama musuh.Semuanya bermula gara-gara Syakirin menasihati Dania agar menjaga tingkah lakunya ketika berada di tempat asing.Dania bukan sahaja tidak mahu mendengarnya malah dia telah memaki Syakirin dihadapan peserta lain.

Namun persengketaan itu tidak lama Syakirin telah menyelamatkan Dania apabila kayak yang dinaikinya tiba-tiba terbalik dipukul ombak,Dania tidak dapat melepaskan dirinya.Syakirin yang berada di tempat kejadian segera menghulurkan bantuan.Semenjak itu hubungan mereka berdua menjadi sangat akrab.

Setelah selesai mengemas bilik masing-masing mereka dibenarkan untuk menjamu selera.

“Dania,tolong ambilkan pinggang tu,”pinta Aswadi dalam loghat Ganunya.

“Pinggang?..pinggang ape..”jawab Dania separuh hairan,mukanya berkerut-kerut memikirkan apa yang dipinta oleh Aswadi itu,lalu dia terpandang objek di hadapannya itu. “Oo..pinggan, rupanya cakap la betul-betul sikit,”sambungnya.

“Cawang (cawan) tak nak?”sampuk Azira berseloroh,masing-masing ketawa mendengar lawaknya itu.Aswadi hanya tersipu-sipu menahan malu.

Dania turut ketawa sambil memerhatikan sekelilingnya seperti sedang mencari-cari sesuatu...

Selepas makan malam merupakan waktu yang paling dinanti-nantikan oleh semua peserta kerana ia merupakan aktiviti bebas bermaksud boleh menonton televisyen,bermain,berehat dan sebagainya.

“Dania jom main chess,”ajak Syafiq.

“Aku tak reti la....”jawab Dania sambil memandang ke arah Mas yang sedang memerhatikan mereka berdua memang dapat dilihat Mas menyukai Syafiq..

Beberapa minit kemudian;

“Chek!!...”ucap Dania separuh menjerit excited.

Kelihatan Syafiq bermandi peluh,berkerut-kerut dahinya memikirkan sesuatu.

“Aku cakap ‘chek’ tak dengo ke?,”ulang Dania.

“Aduh,dah tak ada jalan lain...”bisik Syafiq. “Ok la,aku mengaku kalah...”ujar Syafiq lemah tetapi masih mengukirkan senyuman manis kepada Dania,sesiapa yang pandang pasti akan ‘cair’,patut la Mas tergila-gilakan jejaka Kedah itu.

“Kata tak reti main,”sampuk Mas yang tiba-tiba muncul dihadapan mereka sambil memandang kearah Dania geram tapi masih boleh control.

“Oo...ada ke aku kata cakap macam tu,sorry la aku ni bukannya ingat sangat maklum le dah tua,...”katanya bersahaja sambil memandang ke arah Azira yang sedang asyik menonton televisyen itu lalu dia segera meninggalkan ‘pasangan kekasih’ itu.

Dania masih tercari-cari seseorang yang sejak tadi tidak kelihatan....

“Zira,kau ada nampak Shark?”,soal Dania.

“Emm....tak ada.kenapa rindu ke?”usik Azira.

“Ha’ah....rindu giler ni”balas Dania berseloroh. “Tak ada la,aku Cuma tak nampak dia daripada tadi,”sambungnya berterus-terang.

Dihadapan televisyen,

Tiba-tiba Syakirin muncul lalu duduk bersebelahan Dania,

“Hei,kau pergi mana ha!”serbu Dania sambil menepuk lengan Syakirin.

Syakirin hanya diam,

“Dania...”ucapnya perlahan.Belum sempat dia meneruskan kata-katanya,suasana menjadi riuh rendah apabila masing-masing melihat adegan-adegan wanita seksi yang sedang bermandi-manda lebih-lebih lagi peserta lelaki.

“Astagfirullahalazim.........”

Berkali-kali kedengaran ‘ustaz’(gelaran yang diberikan kepada Rasli) menyebut-nyebut perkataan tersebut sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.Tetapi apa yang menghairankan,dia merupakan salah seorang penonton yang duduk dibahagian hadapan televisyen.

“Ee...tak sanggup rasanya aku nak tengok!!...”ujar Zack

“Kalau tak sanggup,jangan tengok.....”tegah Azira,geram mendengar kata-kata munafik Zack kerana semua orang tahu dia seorang mata keranjang dan suka melihat cerita seperti itu.

“Baiklah...semua peserta diminta masuk bilik masing-masing dan tidur sekarang”.tegas abang Amir,trainer bagi kumpulan kuning. “Bagus,!”bisik Azira kepada Dania.Mereka berdua tersenyum puas,Syakirin hanya tersengih,dia kelihatan lesu,mungkin juga terkilan...

Masing-masing tercungap-cungap selepas disuruh berlari mengelilingi kapal sebanyak lima puluh pusingan.

“Shark,kau tak mengantuk ke?”soal Dania sambil menguap.

“Jangan katakan mengantuk,kalau kau nak tahu masa kita berlari tadi aku sempat tertidur,tau...”ujar Syakirin sambil mengusap-usap dadanya.

Dania ketawa mendengar lawaknya itu. “Kau ni kelakar la,”ucapnya perlahan.

“Sudah lah jom kita ambil angin kat atas dek,panas la dekat sini,”ajak Syakirin sambil menarik tangan Dania.

“Shark....”tiba-tiba Dania bersuara

“Ya?” Syakirin terhenti sambil memandangnya.

“Tak...tak ada apa-apa,”ucap Dania, “Cuma....tangan kau sejuk sangat,”bisiknya sendirian “....macam ais..........”.

Suasana sunyi sepi,tidak seperti selalu,bising dengan gelak tawa dan gurauan dan sebagainya,cuma ada yang sekarang sedang menonton televisyen (mungkin televisyen yang menonton mereka)ada juga yang mengambil angin malam,tidak kurang juga yang masuk ke dalam bilik,mungkin kerana terlalu penat berjogging dan membuka layar petang tadi.

“If you want to sleep,go to your bedroom!”tiba-tiba kapten Taskar (kapten STS Puteri Mahsuri)memberi arahan kerasnya apabila melihat ada yang tertidur di hadapan televisyen.

Masing-masing bingkas bangun,ada juga yang terperanjat lalu terus melulu masuk ke dalam dapur,mungkin mengigau.

“Eh..eh..kapten ‘B’ ni lebih-lebih pulak”rungut Dania yang turut sama terperanjat.Dia menggosok-gosok kelopak matanya.Kapten ‘B’ (boroi) merupakan gelaran yang diberi oleh Dania kepada kaptennya itu.

“Hei,Dania kau nak ke mana tu?”soal Azira apabila melihat Dania menuju ke pintu luar.

“Aku nak ambil angin...”jawabnya ringkas.

“Oo...aku ingat kau mengigau tadi”ujar Azira.Dania hanya tersenyum sambil mengangkat tangannya.

“Sejuk betul la,”ujar Dania mengetap giginya.

Tiba-tiba di satu sudut kapal tersebut,dia terpandang seseorang yang sangat dikenalinya.

“Shark!!”jeritnya sambil melambai-lambaikan tangan.

Syakirin hanya memandangnya sambil tersengih,mukanya kelihatan pucat sekali.

Suasana sepi,masing-masing hanya mendiamkan diri,

“Shark,aku nak tanya kau sesuatu,”tiba-tiba Dania bersuara.

“tanyalah....”balas Syakirin lemah.Muka yang selalunya gembira itu kelihatan berlainan sekali.

“Kau sakit ke?”Tanya Dania perlahan.

“Tak la”jawabnya ringkas.

“Kalau macam tu kenapa sejak beberapa hari ini kau nampak lain sangat”ujar Dania lagi.

“Lain macam mana?apa yang kau cuba cakapkan ni!”tengking Syakirin.

Dania tergamam mendengar suara Syakirin itu,lalu berlari meninggalkannya seorang diri.....

“Azira,Dania dekat mana?”Syakirin terus menyoal Azira sebaik sahaja dia melangkah keluar.

“Dania,ada dalam bilik lagi”ujarnya “Hari ni dia lambat bangun,selalunya dia yang kejutkan aku tapi hai ni aku pulak yang kejutkan dia bebel Azira sambil mengikat tali kasutnya.

“Hei,Shark!”ucap Dania sambil menepuk bahu Syakirin. “Dah lama tunggu?”soalnya seperti taida apa yang berlaku.Syakirin hanya tunduk memandang lantai kapal yang diperbuat daripada kayu itu.

“Maaf.......”ujarnya lembut. “Pasal malam tadi,”sambung Syakirin lagi.

“Ha?Apa yang kau cakap kan ni,aku tak faham”ujar Dania terpinga-pinga.

“Sebenarnya aku tak sakit,Cuma aku berasa takut....semaki hari perasaan tu semakin kuat,...tapi aku tak tau apa yang menakutkan aku itu..,”ujar Syakirin menahan sebak “Aku dapar rasakan ada sesuatu yang akan berlaku....sesuatu yang betul-betul menakutkan aku........”

“Sudah!!”Dania segera mencelah tidak membenarkan Syakirin meneruskan kata-katanya itu.Dania terus menarik tangan Syakirin, “jom makan,aku lapr la...”ajak Dania,

“Ha,sebelum aku lupa,malam tadi aku mimpi kau marah kat aku..tapi pelik betul la mimpi tu...macam nyata je,”rungutnya seorang diri.

“Mimpi...ke mngigau....”bisik Syakirin sambil memikirkan sesuatu, “Takkan la..........”

Tanpa disedari hampir dua minggu masa berlalu,ini bermakna pelayaran ini hampir tiba dipenghujungnya.Jelas kelihatan wajah-wajah sugul,masing-masing terasa berat hati untuk menamatkan pelayaran tersebut.Kecuali seseorang yang kelihatan gembira...

“Yahoo....dapat balik rumah!!,”Dania kelihatan gembira sekali.

“Kenapa dengan kau ni orang semua sedih kau seorang je yang gembira,” Tanya Azira sedikit hairan.

“Mesti la..aku rindu sangat kat mak dengan ayak aku,tak sabar rasanya nak jumpa diaorang sebelum terlambat,”balasnya.

“Apa maksud kau?”soal Azira kurang mengerti.

“Tak ada apa-apa....”jawab Dania sambil tersengih-sengih. “Zira,aku nak minta maaf kat kau kalau aku ada buat salah,”sambungnya lagi.

“Hei,apa yang kau merepek ni?Kita belum lagi berpisah”tempik Azira.

“Ala,apa salahnya cakap awal-awal...tak dosa pun”ucap Dania berseloroh.

“Pelik la kau hari ni...”

Keesokan harinya,pagi-pagi lagi mereka telah dikejutkan untuk melakukan aktiviti kemuncak bagi pelayaran tersebut sebelum masing-masing dibenarkan pulang jump Ship.Syakirin dan Azira tiada disitu kerana bertugas di dapur,ini tidak bermakna yang mereka dikecualikan.

“Baiklah semua peserta diminta memakai life jacket yang telah disediakan”

Abang Adip memberi arahannya.Semua peserta segera memakai jaket keselamatan tersebut,kecuali Dania.

“Kenapa tak nak pakai?”soal Abang Adip.

“Bang....boleh tak saya kecualikan?...saya rasa tidak sedap hati la”rayu Dania.

“Tak boleh!”tegas Abang Adip semua diwajibkan mengambil bahagian.

“APA?...”Jerit Syakirin sekuat hati lalu berlari menuju ke luar.Dia seperti tidak percaya dengan apa yang di beritahu oleh Azira itu, “Tak mungkin...tak mungkin perkara itu boleh terjadi........”bisiknya sendirian seperti oranhg tidak tentu arah....perkara yang menghantuinya sepanjang pelayaran itu betul-betul terjadi.

“Kenapa....kenapa perkara ni terjadi kat dia!!!!”jeritnya sekuat hati sambil menghadap sebujur tubuh yang tidak lagi bernyawa.Azira tidak dapat menahan airmatanya lagi,masing-masing turut merasai kepedihan itu,mereka tidak menyangka perkara tersebut boleh berlaku.

Ketika tiba giliran Dania untuk melakukan jump ship,dengan tidak sengaja dia tergelincir ketika cuba memanjat tembok kapal tersebut lalu terhumban ke dalam laut dengan kecederaan agak parah dikepalanya...

Sebelum itu dia sempat berpesan kepada Abang Adip supaya berterima kasih kepada Syakirin dan Azira kerana sudi menjadi sahabatnya sepanjang pelayaran bersama STS Puteri Mahsuri.

* * * *

TAMAT

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.