PENDERITAAN HIDUP.

OLEH: AMRI HJ YAHYA.

MATAHARI terbenam seperti biasa pagi itu,Liana bangun dari tidurnya.Hari ini genap enam belas hari selepas ayahnya Iskandar meninggal dunia.Pagi yang mulia itu tidak menggembirakan Liana kerana dia teringatkan balik tragedi yang berlaku bersama ayahnya seperti setiap pagi bangun dari tidurnya Liana bersama dengan ayahnya pergi bersenam di padang berdekatan rumahnya.Tanpa disedari Liana menangis dan dia tidak dapat menerima yang ayahnya berumur 53 tahun meninggal dunia sebab terjatuh di tandas.

Cahaya matahari pada pagi itu tersentuh mukanya, dan dia tertoleh ke arah tingkapnya yang terbuka itu.Pada masa yang sama Liana ternampak ibunya Muzaitul tidur di katilnya sambil berdengkur.Selepas kematian ayahnya ibu menjadi mangsa strok.Liana yang mencukupi umur genap 21 tahun itu pandang ke arah adiknya Zaaba yang berumur 6 tahun dan Nurul yang berumur 8 tahun itu tidur di lantai dalam kesejukkan pada pagi itu.

Liana yang menuntut pangajian tinggi di UNIVERSITI MALAYA tidak dapat menyambung pelajarannya ketika itu.Dia menangguhkan satu semesta di UM walaupun dia pelajar tahun kedua dalam bidang pendidikan. Dia juga merupakan pelajar yang rajin dan cemerlang di UM.Selepas ayahnya Iskandar meninggalkan isterinya,anak-anak dan Liana terpaksa pergi berkerja untuk menampung perbelanjaan rumah,perbelanjaan hospital untuk ibunya yang jatuh sakit dan perbelanjaan persekolahan adikknya yang semakin sukar.Dia berkerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah yang berdekatan dengan rumahnya dengan gaji permulaan RM1500 sebulan. Walaupun gaji yang diterima tidak mencukupinya dia masih menanggung segala perbelanjaan dengan berjimat-cermat.

“Kak saya nak duit untuk bayar Yuran sekolah” Tanya Nurul kepada kakaknya,Liana.Pada masa yang sama adiknya kedua Zaaba bertanya “Kak saya nak beli buku Bahasa Melayu tahun satu yang berharga RM6.00 dan tarikh akhirnya adalah esok kakak.” Liana tidak dapat buat apa-apa pada masa itu.Dia membalas percakapan adiknya untuk membayar yuran dan memberi wang untuk membayar duit untuk membeli bukunya. Adiknya-adiknya bersiap sedia untuk pergi ke sekolah seperti juga dengan Liana yang hendak pergi ke sekolah untuk mengajar. Liana berasa runsing dan sakit kepala semasa berjalan kaki ke sekolah.Dia tidak dapat mengajar dengan baiknya dan berasa kepalanya terasa sangat pening. Selepas sahaja tamat persekolahannya,Liana terus pergi ke rumah pak ciknya yang bernama Mokhtar untuk meminjam duit daripada pak cik untuk menampung perbelanjaan adik-adiknya.

Liana tiba di rumahnya pak ciknya dan terus mengetuk pintu hadapan.Pak ciknya membuka pintu dan menjemput Liana untuk masuk ke dalam rumahnya. “Apa khabar pak cik”tanya Liana sambil melihat muka Pak Ciknya itu. “Saya khabar baik” apa hal datang ke rumah Pak Ciknya dengan tiba-tiba! Tanya Mokhtar kepada Liana dengan suara yang tinggi. Liana kata dia hendak meminjam duit daripada pak cik sejumlah RM100 untuk perbelanjaan adik-adiknya. Pak ciknya terkejut apabila mendengar kata-kata yang dikeluar dari mulut Liana. Pak ciknya berkata “saya tidak mempunyai duit pada masa kini Liana sebab belum gaji lagi”kepada Liana.Walaupun Mokhtar seorang yang kaya dan bekerja sebagai pengetua di sebuah sekolah menengah dengan gajinya mencecah RM8000 sebulan,tetapi dia tidak mahu menolong Liana dengan memberikan wang kepadanya.Pak cik Mokhtar telah melupakan segala pertolongan dan jasa yang ditunjukkan dan ayah Liana pada masa dia menghadapi kesusahan.Mokhtar berperangai seperti kacang lupakan kulitnya dan langsung tidak ada rasa prihatin terhadap Liananya.Liana pun berminat diri untuk balik ke rumahnya.

Pada keesokan harinya adik-adik meminta duit daripada Liana da Liana tidak dapat bagi duit pada adik-adiknya ke sekolah untuk berjumpa dengan cikgunya bagi mendapatkan apa-apa biasiswa untuk adik-adiknya.Liana memberitahu segala masalah yang dilanda dalam kehidupannya pada cikgu itu.Cikgu Ramlah dapat memahami masalah Liana dan berjanji akan menolong untuk mendapatkan biasiswa untuk kedua-dua adiknya.

Liana balik ke rumah dengan hati yang tenang.Selepas sebulan ibunya Liana telah meninggal dunia secara tiba-tiba.Liana terpaksa bertanggungjawab kepada kedua-dua adiknya dalam usia yang muda itu.Dia menggenggam segala impian dalam hatinya dan bekerja keras untuk menyara kehidupannya. Selepas kejadian itu Liana berpindah ke Kuala Lumpur dengan bantuan seorang kawan karib yang belajar sebaya dengan Liana. Dia berhenti bekerja sebagai guru sandaran di tempat asalnya.Dia bekerja sebanyak RM2500.

Adiknya Zaaba dan Nurul dapat memahami kesusahan yang dihadapi oleh kakaknya dan mereka belajar bersungguh-sungguh dengan mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Liana dapat memasukkan adik-adiknya ke sekolah berasrama penuh di Kuala Lumpur. Selepas enam bulan Liana menyambung pembelajaran dia di UM dengan bekerja separuh masa di kilang perabot. Dia dapat beljar bersungguh-sungguh dengan hati yang tenang dan selesa.Gaji bulanan yang diperoleh dan Liana dapat membantu dia menampung perbelanjaan adik-adiknya di asrama penuh dan untuk diri sendirinya.Liana juga menjadi mangsa buli di UM.Pelajar-pelajarnya membuli dia yang dia anak yatim paitu.Tetapi Liana masih bersabar dan buat tak kisah dengan melanjutkan pelajarannya dengan baik dan tenang.Kawan karib Liana yang bernama Hafizah setiap kali memberi sokongan kepada Liana supaya bersabar dan belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai impiannya dalam kehidupan.

Pada masa itu sanak-saudara Liana tidak mengambil berat terhadap mereka dan buat tidak tahu sahaja masa mereka bersusah-payah,tetapi Liana masih berhubung dengan sanak-saudaranya dengan menghubungi mereka.Liana juga dapat menyimpan duit berlebihan selepas semua perbelanjaan selesai.Dia juga berharap yang duit itu menjadi sejumlah besar pada masa akan datang.Liana juga seorang yang berjimat-cermat dan suka menabung dari kecil sampai sekarang. Dia juga diasuh dengan baik dan ibu bapa dan dia mematuhi segala suruhan ibu bapa.Setiap bulan Liana dan Hafizah pergi ke sekolah berasrama penuh untuk menjenguk adik-adiknya dengan membawa buah tangan seperti buah-buahan,biskut,jajan,alat tulis dan lain-lain.Bila mereka bertiga bertemu bersama-sama akan sangat gembira sampai melupakan kelaparannya. Hari itulah hari yang paling gembira buat mereka.

Di UM Liana suka pada seorang lelaki yang bernama En.Ahmad yang belajar sama dengan Liana.Liana menceritakan segalanya kepada dia dan dia dapat memahami dan membahagiakan segala kesusahan yang dihadapi oleh Liana.Liana juga memilih dia sebagai teman kehidupannya kerana dia dapat memahami segala masalah yang dihadapi oleh Liana.Dia juga menolong Liana dalam membuat sesuatu keputusan dan menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh Liana.Liana dan Ahmad saling sayang-menyayangi antara satu sama lain di UM.Mereka juga berjanji akan berkahwin selepas mendapat ijazah di UM dan sementara itu mereka menjadi kawan yang baik.

Selepas dua tahun Liana dan Ahmad dapat menamatkan pembelajaran di UM dan mendapat ijazah dalam bidang pendidikan.Liana berhenti kerja di kilang perabot sebagai kerani kerana dia mendapat kerja tetap di sebuah sekolah menengah sebagai guru dengan gaji permulaan RM2400. Kehidupan Liana menjadi lebih senang daripada dahulu. Dia berkhidmat sebagai guru yang baik di sekolah itu dan menjadi orang kaya dalam kehidupan selama tiga tahun dia bekerja.Wang yang Liana manabung itu dapat menjadi bukit iaitu mencecah RM100,000 di dalam banknya.Liana menjaga adiknya supaya belajar bersungguh-sungguh.Liana juga menjadi teladan kepada adik-adikknya

Liana menjadi kaya dalam masa yang singkat dan dapat diketahui oleh sanak-saudaranya yang tidak mengambil tahu tentang dia. “Minta maaf Liana atas perbuatan pak cik!” kata pak cik Mokhtar kepada Liana. “Saya sudah lama lupakan hal-hal itu pak cik” kata Liana pada pak ciknya dengan berasa berhemah. Akhirnya semua sanak-saudara dapat berhubung baik dengan keluarga Liana.

TAMAT

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.