GELORA JIWA
GELORA JIWA
Oleh : Amri bin Haji Yahya.
ANGIN pagi begitu dingin sekali.Sesekali tiupan angin pagi, sejuknya sampai menikam tulang.
Seperti biasa, aku akan melakukan senaman ringkas dan bangun ke bilik air untuk mandi dan
membersihkan diri. Sudah menjadi kebiasaanku, bangun jam 5.30 pagi dan setelah mandi, solat
subuh dan siap berpakaian, aku akan bergerak ke sekolahku sejauh 19km tepat jam 6.30 pagi.
Anak-anakku secara tidak langsung telah biasa dengan rutin hidup begini. Paling rajin, Tasya
yang merupakan puteri tunggalku, akan masuk ke bilik air setelah aku keluar dari bilik
tersebut. “ Tasya, bangun sayang... mandi cepat sudah jam 6.00 pagi. Cepat sayang...” Dialok
wajib yang akan keluar dari mulutku setiap pagi.
Tahun ini juga merupakan tahun ke 13 aku mengajar di sekolah yang sama. Aku pelik
Semangatku dan kesungguhanku dalam melakukan kerja-kerja di sekolah ku sudah tidak
mempunyai nyawa lagi. Aku rasa seolah-olah tubuhku lesu dan pergerakanku juga sudah tidak
bernada ceria. Kenapa..!! adakah aku telah “burnt out” dan tidak berupaya melakukan sesuatu yang
menakjubkan ? Atau petanda aku perlu berehat dahulu. Biar aku tenangkan jiwa dan akalku agar
dapat aku membina keyakinan diri semula.
“Apa yang kau dapat sibuk memanjang aje ke sekolah?” kata ibuku selalu. Ada kalanya aku
seperti mengabaikan tanggungjawabku kepada anak-anak dan isteriku. Tapi bila ibuku sudah mula
merunggut, aku seperti menerima tamparan hebat dan mula memikirkan segala pengorbanan yang
telah aku lakukan untuk sekolah ini. Berbaloikah usahaku selama ini ? Lebih menyedarkan aku
apabila keputusan Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC) di umumkan, namaku tak pernah tercalon.
Adakah pihak sekolah telah buta mata dan buta hati dalam memberi penilaian atas kerja-kerjaku
selama ini? Atau ada amalan sistem kroni dalam pemilihan mereka ke AKC ? Geram...geram aku
memikirkannya dan ini menyebabkan aku bertekad mengisi borang pertukaran untuk mohon
mengajar ke Melaka, negeri kelahiranku.
Aku pernah ditawarkan untuk kembali berkhidmat di Melaka tetapi aku menolaknya. “ Kau
dah fikir masak-masak keputusan kau menolak tawaran kembali berkhidmat di Melaka?
Apa sebab kau mahu terus mengajar di Tangkak?” kata Tuan Haji Hashim, rakan setugasku. Aku
mendiamkan diri dan menyusun kata-kata ku. “ Aku sayangkan kumpulan Ghazal sekolah ni. Aku
yang berusaha menubuhkannya dan sudah tentu aku mahu lihat kumpulan ini berjaya,” jelasku
lagi. Haji Hashim tersenyum bila aku berkata begitu. Buktinya, Ghazal Remaja SMK Tun Mamat
telah mendapat tempat ke dua dalam pertandingan Ghazal peringkat negeri. Tetapi bila difikirkan
kini, aku menyesal menolak tawaran tersebut.
Kini, aku menjalankan tugasku sebagai guru kelas, guru kelab Ghazal dan guru mata
pelajaran untuk Bahasa Melayu, Pengetahuan Moral dan Pendidikan Sivik Kewarganegaraan untuk
tingkatan 1 dan tingkatan 4 sahaja. Aku bersyukur kerana kelas-kelas yang ku ajar bukan calon
peperiksaan. Aku lebih tenang kini tanpa jawatan guru disiplin. Aku pernah bertanya kepada
GPK 1 sekolahku mengapa nama aku di gugurkan dari mengajar di tingkatan 6. “ Mengapa nama
saya tidak ada dalam jadual waktu tingkatan 6 cikgu ?” aku bertanya kepada GPK 1. Dan
jawapannya “ Itu kau tanya pengetua,” jawabnya dengan cukup profesional. Namun aku tahu
puncanya. Seorang guru yang juga rakanku telah melobi untuk mengajar Bahasa Melayu tingkatan
6 kerana dasar kerajaan memberikan kenaikan pangkat DG44 terus kepada guru tingkatan 6. Aku
menjadi mangsa kerana rakanku sepanjang cuti telah berjasa dengan membuat perubahan kepada
bilik guru sekolah. Termakan budilah katakan. Jadi yang pandai melobi dan yang pandai
menunjuk-nunjuk akan diberi imbuhan. Aku ada membuat jasa apa untuk sekolah? Kalau setakat
menjadi Pengerusi Kelab Kakitangan yang membuat beberapa program untuk sekolah, Guru Seni
Budaya yang menghidupkan seni Ghazal di sekolah dan daerah Muar serta membuat persembahan
untuk Jabatan Pelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Muar dan sekolah, membantu program-
program yang dilanjurkan oleh pihak sekolah , guru displin dan menguruskan dewan sekolah,
ternyata tugas-tugas itu tidak mampu untuk melayakkan aku tercalon untuk Anugerah Khidmat
Cemerlang.
*************************************************************
Kini, tahun 2008, setelah 13 tahun aku di sekolah ini, semangatku kian hambar dan aku
benci untuk bergiat aktif lagi. Tetapi bila memikirkan pelajar-palajar yang kebanyakkannya
bersemangat dan inginkan perubahan aku seakan-akan terpanggil untuk memberikan khidmat dan
berkongsi pengalaman dengan mereka. Aku tidak akan mengabaikan kelasku dan tidak akan
mengabaikan P&P ku kerana itu adalah amanah yang perlu ku laksanakan. Apabila berhadapan
dengan pelajar yang bersungguh-sungguh meminati sesuatu perkara yang juga aku minat dan ada
pengalaman menguruskannya, maka aku terpaksa mengalah dan bersedia melakukannya. “ Kerja
kena ikhlas, “ itu kata-kata bekas pengetua dulu. Memang kita kena kerja ikhlas tapi untuk
menaikkan dia sebagai pengetua cemerlang.Aku menjadi kulinya. Apa pun semasa dia menjadi
pengetua memang terasa diri ibarat kuli yang boleh di arah buat itu dan ini. ‘Ikhlas ni..? “ kalimah
ini tak pernah lekang dari mulutnya. Aku berdoa kepada Allah, biar Tuhan memberikan balasan
setimpal dengan perbuatannya yang jelek memperkudakan kakitangan untuk menaikkan diri
sendiri.
********************************************************
“ Ri... bantulah aku panggil penceramah Pengajian Am,” pinta kaunselor sekolahku. Ketika itu aku
sedang menikmati sarapan pagiku di kantin sekolah. “ Tingkatan 6 ada organisasinya, ada GPK ko-
ko dan dia yang patut buat,” jelasku kepada Helmi. Aku tidak mahu ada pihak nanti yang akan
bercakap aku sudah digugurkan dari tingkatan 6 tetapi masih sibuk merangka program untuk
tingkatan 6. Cuma aku simpati kepada para pelajar yang seakan –akan tiada program untuk mereka
sedangkan rakan-rakan mereka di sekolah lain telah bergerak jauh ke hadapan dalam
merealisasikan program tingkatan 6. Aku percaya jika pentadbir bijak bistari tentu keadaan ini tak
akan berlaku, tanpa apa-apa program, tanpa ceramah, tanpa lawatan dan tanpa kelas tambahan.
Pelajar juga yang menjadi mangsa. Aku juga ada merancang untuk membawa pelajar-pelajar ke
persidangan Parlimen tetapi budaya guru di sekolahku yang banyak bercakap di belakang
membuatkan aku membatalkan hasratku itu. Biarkan mereka minta GPK ko-ko mereka aturkan.
Aku tidak mahu hasrat yang ikhlas dan ingin memberikan pengalaman kepada pelajar-pelajar
tingkatan 6 membuatkan aku menjadi mangsa umpatan guru yang tidak tahu apa yang aku lakukan.
Budaya guru Melayu memang begitu. Apa pun kalau bangsa sendiri yang membuatnya, maka akan
di pertikaikan tetapi kalau guru bangsa Cina dan India yang membuat sesuatu, mereka tiada
mengata apa-apa. “ Kau buat tak tahu aje Ri. Memang mereka bodoh dan cetek pengalaman,” kata
sahabatku yang senegeri denganku. Kalau di fikirkan mahu aku berhadapan dengan mereka yang
berlagak pandai tetapi bodoh dari pelaksanaan kerja. Bercakap macam tahu segalanya tetapi
hakikat kosong macam tin kosong.
Aku tetap meneruskan minat dan usahaku dalam mengerakkan dan membangunkan seni
muzik Ghazal di sekolah ini. Selagi permohonan untuk aku berpindah belum diketahui, selagi itu
aku akan berusaha untuk meletakkan kumpulan ghazal sekolah ini sebagai Johan Ghazal Remaja
Negeri Johor.Itulah harapanku sejak aku menubuhkan ghazal sekolah ini. Aku bersyukur kerana
pihak Yayasan Warisan Johor (YWJ) memberi bantuan peralatan dan jurulatih dalam mengajar
pelajar-pelajarku yang menjadi ahli kelab ghazal sebagai pemuzik atau penyanyi.Jurulatih pula dari
Kumpulan Seri Muar Ghazal setiap minggu datang mengajar kumpulan ghazal sekolah tanpa jemu.
“ Aku bimbang haji, siapa agaknya yang bakal mengambil alih tugas guru penasihat jika aku
berpindah? Takut berkubur nanti,” kataku kepada Tuan Haji Hashim yang juga sahabat baikku.
“Siapa yang nak mengantikan tugas kau tu Ri ? Kau ingat ada yang berminat? Ini pun ramai yang
mengutuk kau daripada membantu,” kata Haji Hashim.
Aku berharap agar permohonanku untuk bertukar ke Melaka di terima dan aku juga
berharap ada pengantiku dalam menguruskan pasukan Ghazal sekolah ini. Sayang jika usaha ini
terhenti sahaja dan membunuh juga semangat pelajar-pelajar yang memang meminati seni muzik
Ghazal Johor. Sehingga aku ketahui keputusannya, aku akan tetap berusaha untuk mengumpulkan
pelajar-pelajar ku agar mempelajari seni muzik ini dan berusaha hingga mendapat tempat pertama
peringkat negeri.

Comments