SOLITAIRE GLOBAL SOLUTION SDN BHD vs TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA.
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
Pada 10 Ogos 2012, hari Jumaat saya telah ke Tribunal Tuntutan Pengguna Johor Bahru menyerahkan 19 borang tuntutan ke atas Solitaire Global Solution Sdn Bhd (SGS). Pada tarikh 4hb-8hb Jun 2012, kami telah mengadakan lawatan pengantarabangsaan ke Indonesia dan pihak SGS telah menguruskan lawatan kami. Namun satu minggu sebelum program, SGS telah menarik diri dari menguruskan lawatan ini. Malah bayaran RM200 setiap seorang peserta dikenakan keatas kami dengan alasan SGS telah menjalankan pengurusan awal di Indonesia. Dari jumlah bayaran RM20090.00 baki RM2013 dipulangkan kepada kami dan kami meminta bantuan Utas Travel setelah berbincang dengan YDP PIBG, Yg Bhg Datuk Abdul Rahim Talib, program diteruskan dengan urusan pihak Utas.
Selama ini para pelajar beratur di dataran terbuka dalam keadaan berpanas dan basah jika hujan. Syukur kepada Allah, Mantan Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abdul Ghani Othman telah meluluskan pembinaan dewan dengan kos RM400 ribu.
Pada 16hb. Jun bersamaan hari Rabu, jam 9.00 malam telah diadakan mini orkestra ghazal. Matlamat untuk melihat hasil kerja pelajar sekolah yang telah berlatih secara intensif. Majlis di hadiri oleh Pengarah Yayasan Warisan Johor, Tuan Haji Jama bin Johan. Jamuan malam pula dibuat secara BBQ.
Comments