BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

19 August 2012

HARI RAYA AIDILFITRI 2012 - HARI 1.

Bangun mandi sunat raya, kami sekeluarga ke Masjid Al Ghaffar, Jasin solat sunat raya. Tamat jam 9.20 pagi balik ke rumah bersalaman dengan anak-anak dan isteri. Terus ke rumah Bonda di Taman Maju. Lepas itu ziarah pusara abah di Jasin Hilir.

 Balik ke Felda Bukit Senggeh, Jasin ke rumah Mak Mertua dan ziarah pusara bapa mertua. Lepas itu ke rumah Pak Cik Mustafa. Bergerak ke Serting Hilir 2 ke rumah Busu Ibrahim.

Dari Serting Hilir 2, gerak ke Alor Gajah Melaka. Ziarah Mak Lang Mariam dan Mak Lang Norliah. Terus ke Hospital Besar Melaka, ziarah Pak Long Hamzah yang sakit di 3-4-6. 

Jam 8.30 mlm sampai di rumah, Tidak sampai 10 minit, ada tetamu dari KL.

0 comments: