BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

27 April 2011

KAKITANGAN AWAM NAIK GAJI MEI INI ?


Hangat diperkatakan di laman-laman blog dan forum memberitahunya bahawa Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 akan diadakan pada Jun tahun ini disusuli dengan kenaikan gaji kakitangan awam sempena pilihanraya nanti.
Walaupun tempoh Pilihanraya Umum(PRU) akan luput pada tahun 2013 namun mungkin dibuat awal rentetan kemenangan bergaya Barisan Nasional di Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini.

Pegawai-pegawai kerajaan yang bekerja di Kementerian pun ada maklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam pada 1 Mei iaitu jatuhnya tanggal sambutan Hari Buruh tahun 2011 ini. Beliau juga dijangka mengumumkan beberapa insentif kepada kakitangan swasta.

Ini ditambah lagi dengan tindakan Datuk Seri Najib yang menangguhkan pemilihan jawatan dalam Umno selama 18 bulan.

Kenaikan gaji kakitangan awam ini dijangka naik sekitar 15% kali ini.Mungkin selepas ini ada orang politik mengatakan ianya
gula-gula pilihanraya untuk mengundi kerajaan.Bagi mereka yang menjadi penjawat awam wajar bersyukur dengan berita ini.
Kepada mereka yang
tidak puashati dan tak pandai bersyukur keluarlah undi pembangkang,undilah DAP. Jangan jadi penjawat awam lagi dan berhenti kerja..
Biarlah penjawat awam yang tegar mengundi Kerajaan saja menikmati kenaikan gaji itu nanti.

0 comments: