Salam buat semua pembaca blog saya. Seperti biasa, tuisyen saya bermula jam 5 petang dan tamat jam 7 malam. Selepas solat Maghrib, saya sekeluarga dan bonda saya mandi air panas di Taman Rekreasi Air Panas, Jasin dari jam 8 malam hingga jam 10 malam.
Selama ini para pelajar beratur di dataran terbuka dalam keadaan berpanas dan basah jika hujan. Syukur kepada Allah, Mantan Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abdul Ghani Othman telah meluluskan pembinaan dewan dengan kos RM400 ribu.
Pada 16hb. Jun bersamaan hari Rabu, jam 9.00 malam telah diadakan mini orkestra ghazal. Matlamat untuk melihat hasil kerja pelajar sekolah yang telah berlatih secara intensif. Majlis di hadiri oleh Pengarah Yayasan Warisan Johor, Tuan Haji Jama bin Johan. Jamuan malam pula dibuat secara BBQ.
Comments