PROGRAM PENGANTARABANGSAAN KE-2 ( JOHOR -MEDAN-ACHEH )

Cadangan Program Pengantarabangsaan ke-2 (dengan kerjasama PIBG) akan dilaksanakan pada 24hb-27hb Jun 2012. Pada 24hb Jun 2012, dengan penerbangan Air Asia kita akan berada di Medan. Selepas mendaftar di Residence Hotel, Medan kita akan mulakan dengan lawatan setempat di Medan. Pada 25hb, atas permintaan YDP PIBG, kita akan mengadakan lawatan sehari ke Acheh dalam program "HOPE FOR HUMANITY" dengan menghulurkan bantuan kewangan ke Rumah Anak Yatim mangsa Tsunami yang ditaja oleh Kerajaan Johor. Kita juga akan melihat kesan-kesan Tsunami di Acheh. Pada 26hb pula di sebelah pagi, kita akan ke UNIVERSITAS NEGERI MEDAN dan pada petang kita akan ke YAYASAN SITI HAJAR SCHOOL. Pada 27hb Jun kita akan mengadakan lawatan ke tempat-tempat menarik di medan.

Cadangan ;

1. Kos penerbangan sehala RM84 dan kos penginapan hotel Rp120,000 (RM42) semalam.
2. Jadual lawatan ke tempat-tempat pelancongan boleh diubah tetapi ke Rumah Anak Yatim Acheh, UNM dan YSHS bergantung pada balasan emel.
3. Surat permohonan rasmi ke JPNJ telah di hantar. Urusan kebenaran ke Kementerian Pelajaran diuruskan oleh pihak JPNJ.
4. Urusan logistik dan kemudahan dibantu oleh agensi pelancongan.

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.