Pulau Langkawi 9hb-11hb Oktober 2009.
Bondaku tahun ini telah dua kali di tahan di wad Hospital Jasin. Jangkitan kuman dalam paru-paru. Syukur bondaku telah sihat dan bagi memenuhi permintaannya, aku membeli seekor kambing dan mengupah orang memanggang kambing tersebut untuk jamuan rumah terbuka bondaku pada Hari Raya tahun ini( Ada dalam post Rumah Terbuka Bonda Gunawan). Bondaku juga meminta aku menghantarnya ke Kuala Kedah, kerana mahu adik perempuan aku menjaganya. Pada pandanganku, selagi bonda kita masih ada, laksanakan tanggungjawab kita dengan baik dan jangan abaikan Bonda kita kerana sudah menjadi tanggungjawab kita menjaga kebajikan mereka pula. Anak-anak kita akan melihat dan belajar cara-cara kita menjaga dan bercakap tentang Bonda kita. Selalu berkata kepada anak-anak - Ayah sayang nenek.... Nenek dah jadi tanggungjawab ayah menjaga dia kerana datuk sudah meninggal dunia.... Nenek sudah tua, nanti ayah dan ibu sudah tua, jaga kami macam ayah dan ibu jaga nenek sekarang.... - Insyaallah anak-anak kita akan menjaga kita dengan baik.
Jadi, saya mohon cuti rehat pada 9hb dan pada jam 1 pagi, kami bergerak ke Kuala Kedah dan selamat sampai jam 7.30 pagi. Musim ini bukan musim cuti jadi jalan amat-amat cantik serta manusia tidaklah ramai di Kuala Kedah. Lantas kami ambil peluang ke Pulau Langkawi.Anak-anakku selalu bercakap, rakan-rakannya bercerita tentang percutian ke Langkawi. Isteriku tidak pernah lagi ke Langkawi. Jadi "Sambil menyelam, minum air" kami ke Langkawi. Mereka amat gembira dan syukur kepada Tuhan.

Comments