BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

23 October 2010

KELAB ZAPIN SMK TUN MAMAT.

Saya memulakan tugas sebagai guru di SMKTM bermula pada tahun 1996. Namun, bermula pada tahun 1998, saya telah membentuk kumpulan zapin sekolah setelah mengikuti program kejurulatihan zapin anjuran Yayasan Warisan Johor.

Apa yang pasti, keahlian kelab zapin ini bertukar ganti kerana pelajar yang terlatih dalam tarian zapin akan menamatkan persekolahan. Cabaran juga tetap ada kerana dalam usaha untuk menjadikan tarian zapin dan kelab zapin sebagai aktiviti koku pelajar yang baik, ada pihak yang cetek ilmu dan berfikiran sempit ( termasuk yang HIPOKRIT ), tetap memandang serong penari-penari zapin.

Walaupun penari saya berpakaian sopan dan menari dengan menjaga kesantunan penari wanita, ada juga makhluk Tuhan yang tidak berpuas hati. Kalau dah tak suka, buat baik macam manapun, tetap ada cacat celanya. Ada saja salah penari saya sampai memakai sanggul tinggi pun dengan bertudung SALAHHH........

Saya dan pelajar-pelajar kelab zapin tidak akan mudah mengalah dan tunduk kepada kebodohan pihak-pihak tertentu. Matlamat saya, pelajar-pelajar ada aktiviti yang yang baik dan di bawah kawalan guru.

Kepada pelajar zapin saya, jangan mudah mengalah. Apa yang pasti kita berada di landasan yang benar dan jauhkan diri kita daripada gejala sosial yang kian berat. Saya bersyukur, pelajar-pelajar budaya (zapin dan ghazal ) tidak terlibat dengan gejala ini.

Tahniah buat penari-penari zapin SMKTM. Buat yang terbaik dan muga usaha kita akan berjaya.

0 comments: