Di Mana Kan Kucari Ganti ?

Buat Seniman Agung P. Ramlee........

GETARAN JIWA -nya memecah keheningan senja. Sesekali BILA LARUT MALAM kuterdengar BUNYI GITAR anak seni yang sedang menempuh GELORA hidup ini. Baginya AZIZAH bagaikan BULAN DIPAGAR BINTANG. Rintihannya JANGAN TINGGAL DAKU dan dengarlah JERITAN BATINKU memperlihatkan kesungguhannya menghidupkan layar perak dengan KISAH RUMAHTANGGA. Dia sedia BERKORBAN APA SAJA demi menghiburkan MANUSIA MISKIN KAYA walaupun kadangkala DALAM AIR TERBAYANG WAJAH anak-anak yang merayu "TOLONGLAH KAMI". HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH budi yang baik dikenang juga. DI MANA KAN KUCARI GANTI ?

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

PEMBANGUNAN EKONOMI - PERIKANAN.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.