BENARKAH ANUAR IBRAHIM PEJUANG KEADILAN?

Tak lama lagi PRU 13 akan menyusul. Orang-orang yang terlibat dengan hal-ehwal politik akan bertungkus lumus memastikan kemenangan berpihak di pihak mereka. Yang paling ketara ialah pertembungan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Manakala parti lain tidak begitu signifikan dari segi penonjolannya.

Anwar yang menerajui Pakatan Rakyat begitu berhasrat menawan Putrajaya. Hasrat Anwar tidak boleh dipandang remeh dan tidak mustahil menjadi kenyataan. Walaupun Anwar tidak dapat menyalurkan perjuangan politiknya melalui akhbar dan saluran TV arus perdana, peranan internet tidak dapat diperkecilkan. Melalui bancian yang dilakukan di ruangan web
denaihati sokongan terhadap pakatan rakyat hampir menyamai sokongan BN.

Apa yang menjadi persoalan di sini adalah benarkah Anwar berjuang untuk keadilan rakyat, ataukah dia hanya berjuang untuk keadilan dirinya sahaja? Sekiranya Anwar tidak dipecat sebagai TPM oleh Tun Dr. Mahadhir pada tahun 1998, adakah akan wujud parti Keadilan Rakyat seperti yang ada sekarang. Sebagai orang kuat BN waktu itu, Anwar sudah pasti tahu tentang kelemahan BN, tentang kroni, rasuah dan banyak lagi ketidakadilan ke atas rakyat yang rakyat sendiri mungkin tidak sedar.


Adakah sekiranya dia tidak dipecat, Anwar akan memperjuangkan keadilan dari dalam BN sepertimana dia bertungkus-lumus memperjuangkan keadilan di luar BN? Adakah jika PR menerajui putrajaya, tidak akan wujud ketidakadilan, kroni dan rasuah? Ataukah ia menjadi lebih teruk dari pemerintahan BN?


Walau apapun tuduhan salahlaku seksual yang dilemparkan pada Anwar, nampaknya penyokong Anwar tidak berganjak dan tidak ragu-ragu padanya. Anwar memang seorang pemimpin dan pejuang. Sudah lebih dari 13 tahun berjuang menentang ketidakadilan tanpa rasa bosan. Semangat juangnya mengkagumkan. Begitulah kehebatan seorang anak Melayu di celah-celah ramai Melayu-Melayu lain yang mudah layu. Tapi adakah benar dia memperjuangkan keadilan rakyat atau dia berjuang untuk memenuhi hasrat hatinya menakluk Putrajaya.


Semasa pemecatan Datuk Dr. Hassan Ali (DHA), ia kelihatan seolah-seolah PAS berada dibawah takluk PKR bila Azmin Ali mengarahkan PAS memecat DHA dan dengan serta-merta PAS melakukannya. Apapun mungkin PAS ada alasan lain untuk memecat DHA.


Semasa berbual dengan seorang rakan saya yang beberapa tahun dulu balik dari Universiti Al-Azhar, Mesir, dia melihat wadah perjuangan pas dah tak macam dulu, tergelincir dari landasan dan prinsip asal perjuangannya iaitu memperjuangkan Islam dan menjaga aqidah, maruah serta memartabatkan ummatnya. Cukup payah bagi beliau menerima hakikat ini, namun beliau sedar bahawa pas hanyalah wadah atau sarana atau alat (benda baharu) yang boleh menerima perubahan. Perkara besar yang perlu difikirkan ialah Islam yang dijunjung, aqidah yg tersemat di hati, dan syariat yg dikilik ini bagaimana nak menjaganya, untuk penerusan kepada anak-anak, keluarga, sahabat-sahabat dan generasi akan datang.


Menurut beliau ada satu kaedah feqh ' akhaffu dhararain' iaitu memilih salah satu mudharat yangg lebih ringan mungkin boleh dijadikan panduan untuk memilih parti yang bakal memerintah negara. Beliau berkata lagi "jika ketika itu ditakdirkan muncul satu pihak lagi yang mebawa panji-panji kebenaran, insyaAllah ana akan memilih mereka walaupun golongannya kecil atau tidak popular" wallahu`alam.

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.