BAUCER BUKU 1MALAYSIA - 30 JANUARI 2012.

PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI (PPU)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MAMAT,

84900 TANGKAK LEDANG JOHOR

KOD SEKOLAH : JEA 5026 TEL : 06 9781245 FAX : 06 9789784

Emel : smktunmamat@yahoo.com

Laman Web : www.tunmamat.myportal.my

PENGUMUMAN

KEPADA

PARA PENUNTUT PRA-U SESI 2012,

SMK TUN MAMAT,

84900 TANGKAK, JOHOR.

PROGRAM BERSAMA YB TUAN HAJI IR HAMIM BIN SAMURI.

PENYAMPAIAN BAUCER BUKU 1 MALAYSIA

Sebagaimana sedia maklum, semasa pembentangan bajet tahun 2012, YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan 1 telah meluluskan peruntukan sejumlah RM260 juta untuk pemberian Baucer Buku 1Malaysia kepada para pelajar warganegara Malaysia yang berada di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta tempatan, Kolej Matrikulasi serta Tingkatan 6 (termasuk Sekolah Tinggi Agama dan Sekolah Sukan )

2. Bagi melaksanakan amanah ini, Yang Berhormat Tuan Haji Ir Hamim Bin Samuri, Ahli Parlimen Ledang akan menyampaikan baucer buku kepada semua pelajar Tingkatan 6 Atas pada;

Tarikh : 30 Januari 2012.

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Bilik Kuliah PPU / Bilik Seminar SMK Tun Mamat.

3.Para pelajar Tingkatan 6 Atas, sila datang ke Pejabat sekolah pada 26 Januari 2012 ( Khamis ) dari jam 8.00 pagi – 4.30 petang untuk mengambil surat jemputan program di atas. Ibu bapa pelajar digalakkan hadir bersama dalam program ini.

Sekian untuk makluman para pelajar Tingkatan 6.

Yang menjalankan tugas.

AMRI HJ YAHYA,GURU PENOLONG KANAN TINGKATAN 6.

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.