Wak ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Umurnya mungkin lewat 50an tetapi semangat dan kekuatan yang ada pada dirinya, patut menjadi contoh pada generasi muda. Kumpulan Kompang Warisan Labis ini boleh mendendangkan 6 buah lagu dan terdapat lagu yang diselitkan unsur Jawa. Penamat persembahan, Wak ini akan membuat silat sembah untuk pengantin dan mengucapkan terima kasih. Aku amat tertarik dengan persembahan kumpulan ini yang memang mengembirakan dan memberikan semangat bahawa seni warisan bangsa tidak akan pupus.
Selama ini para pelajar beratur di dataran terbuka dalam keadaan berpanas dan basah jika hujan. Syukur kepada Allah, Mantan Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abdul Ghani Othman telah meluluskan pembinaan dewan dengan kos RM400 ribu.
Pada 16hb. Jun bersamaan hari Rabu, jam 9.00 malam telah diadakan mini orkestra ghazal. Matlamat untuk melihat hasil kerja pelajar sekolah yang telah berlatih secara intensif. Majlis di hadiri oleh Pengarah Yayasan Warisan Johor, Tuan Haji Jama bin Johan. Jamuan malam pula dibuat secara BBQ.
Comments