SI BODOH vs NURUL GERSANG
Petikan dari Harian Metro
Seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai ‘Nurul Gersang’ dikesan menggunakan laman sembang sosial menawarkan diri untuk dijadikan teman tidur sebelum menjerat mangsa supaya memasukkan wang ke dalam akaunnya.
Wanita berusia 20-an itu turut memuatkan nombor telefonnya dalam laman sosial popular itu serta mempamerkan gambar seorang wanita seksi bagi menawan ‘mangsa’ tetapi dipercayai bukan dirinya.Apabila ada individu menghubunginya, wanita berkenaan akan bertanya ‘nak booking ke’ sebelum meminta ‘bakal’ pelanggan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun miliknya sebagai syarat untuk bertemu.
Bagaimanapun, wanita berkenaan memberi pelbagai helah apabila tempoh temu janji ditetapkan walaupun wang sudah dimasukkan dalam akaunnya.
Oh ok penulis faham.
Seorang peniaga yang cuba ‘menjerat’ wanita terbabit, Azahar Omar, 32, berkata dia melihat maklumat peribadi wanita itu dalam laman sembang berkenaan pada 10 Julai lalu menggunakan nama ‘Nurul Gersang’.
“Saya membuat laporan di Balai Polis Teluk Air Tawar selepas kehabisan RM450 untuk memerangkap wanita itu,” katanya. Difahamkan, beberapa lelaki lain turut menjadi ‘mangsa’ dan kerugian ratusan ringgit tetapi enggan membuat laporan polis kerana malu.
Rasanya paling mudah untuk menjerat gadis gersang ini ialah apabila ketika transfer wang tersebut. Bukankah kalau kita ingin transfer sejumlah wang ke akaun lain, akan dinyatakan nama penuh penerima? Daripada situ, berbekalkan bukti-bukti mesej di Facebook serta nama akaun penerima, peniaga hebat tersebut sudah boleh membuat laporan polis.
Kenapa bijak sangat transfer wang sebanyak 3 kali sehingga berjumlah RM450 kononnya untuk menjerat gadis gersang tersebut? Ingin jerat atau diri sendiri sudah kantol bodoh? You got Pwn3d! Sah-sah peniaga ni bodoh amat.......
Comments