BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

19 July 2010

CINTA DAN SUKSES

Pada 19 Julai 2010, Isnin bertempat di Hotel Pelangi, Muar telah diadakan ceramah dan forum Remaja Firdaus : Cinta dan Sukses. Program ini anjuran bersama HELWA Daerah Muar dan Pejabat Kadi Daerah Muar. Perasmian telah dilakukan oleh Tuan Pegawai Daerah Muar.

Cikgu Zacky Khairudean Guru MUET Tingkatan 6 dan GPK Tingkatan 6 serta 12 orang pelajar Pra-U1 dari SMK TUn Mamat telah mengikuti program ini dari jam 8.00 pagi hingga 01.00 tengahari.






Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mahyudin dari Unit Dakwah UTM, amat menarik sekali dan berjaya menarik perhatian seramai 500 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 6 bawah, Kolej Komuniti Ledang, ILP Ledang dan PLKN Muar.

0 comments: