BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

13 July 2010

PILIHANRAYA MPPU 1.

NOTIS PILIHANRAYA 1

MPPU SESI 2010/2011

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PRA-U (MPPU) SESI 2009/2010 AKAN DIBUBARKAN SECARA RASMI PADA 14 JULAI 2010.

DENGAN INI, SATU PILIHANRAYA YANG MANA MERUPAKAN PILIHANRAYA PERTAMA MPPU AKAN DIADAKAN PADA 24 JULAI 2010 BERSAMAAN HARI SABTU DARI JAM 10.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAHARI BERTEMPAT DI DEWAN KULIAH PPU.

PARA PELAJAR PRA-U1 YANG BERMINAT UNTUK BERTANDING JAWATAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PRA-U (MPPU) SESI 2010/2011, BOLEH MENDAPATKAN BORANG PENAMAAN CALON PADA 14 JULAI 2010 DARIPADA GURU KOKU PRA-U ( ENCIK FAIZAL BIN SHARIF ) DARI JAM 8.00 PAGI HINGGA JAM 1.00 TENGAHARI. PENAMAAN CALON UNTUK JAWATAN YANG DIPERTANDINGKAN PERLU MEMPUNYAI SEORANG PENCADANG SAHAJA DAN KEDUA-DUA HENDAKLAH BERDAFTAR SEBAGAI PELAJAR PRA-U DI SMK TUN MAMAT UNTUK SESI PERSEKOLAHAN 2010. BORANG PENAMAAN CALON HENDAKLAH DISERAHKAN KEPADA GURU KOKU PRA-U PADA 15 JULAI 2010 BERSAMAAN HARI KHAMIS DARI JAM 9.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAHARI.

SEMUA JAWATAN ADALAH TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR PPU PRA-U1 SAHAJA DAN TIDAK TERBATAS PADA JANTINA, BANGSA DAN AGAMA. JAWATAN YANG DIPERTANDINGKAN IALAH :-

Bil

Jawatan

Catatan

1

PRESIDEN MPPU

TERBUKA

2

TIMBALAN PRESIDEN MPPU

TERBUKA

3

NAIB PRESIDEN 1

CALON MELAYU

4

NAIB PRESIDEN 2

CALON CINA

5

NAIB PRESIDEN 3

CALON INDIA

6

SETIAUSAHA

TERBUKA

7

PENOLONG SETIAUSAHA

TERBUKA

8

BENDAHARI

TERBUKA

9

PENOLONG BENDAHARI

TERBUKA

10

MAJLIS TERTINGGI ( KEBAJIKAN )

TERBUKA

11

MAJLIS TERTINGGI ( KEROHANIAN / MORAL )

TERBUKA

12

MAJLIS TERTINGGI ( PENDIDIKAN / LAWATAN )

TERBUKA

13

MAJLIS TERTINGGI ( SUKAN & KOKURIKULUM )

TERBUKA

14

MAJLIS TERTINGGI ( ICT )

TERBUKA

15

MAJLIS TERTINGGI ( PERHUBUNGAN AWAM )

TERBUKA

SETIAP CALON YANG TELAH MENGISI BORANG PENAMAAN JAWATAN, HENDAKLAH MENGADAKAN PENGUCAPAN AWAM / PIDATO DI PENTAS TERBUKA TUN MAMAT ( DI KANTIN SEKOLAH ) PADA 16,19,DAN 23 JULAI 2010 DARI JAM 9.00 PAGI – 10.00 PAGI. SETIAP CALON DIBERIKAN MASA SELAMA 10 MINIT UNTUK PENGUCAPAN AWAM / PIDATO MEREKA.KEPUTUSAN PILIHANRAYA AKAN DIUMUMKAN PADA 24 JULAI 2010 ( SABTU ) PADA JAM 2.00 PETANG.

DISEDIAKAN : DISAHKAN :

0 comments: