BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

10 July 2010

PERKAHWINAN NIZA - PENYANYI GHAZAL

Pada 10 Julai 2010, aku sekeluarga telah hadir ke jemputan perkahwinan Niza, kakak kepada Meira, bekas penyanyi Ghazal sekolah. Pada 9 Julai, aku telah datang menghantar sumbangan 10 botol kuih sepit untuk hidangan meja tetamu. Namun aku amat sedih melihat ayah mereka yang dibawa pulang dari Hospital Segamat. Kedua-dua kaki beliau dipotong kerana kencing manis. Terharu kerana beliau masih ingat akan aku walaupun dalam keadaan tidak bermaya. Buat Niza, SELAMAT PENGANTIN BARU. Buat Meira dan keluarga, tabahkan hati dengan setiap dugaan.

Ayah Meira dan Niza yang dibawa dengan ambulan dari Hospital Segamat.

Wak Kompang dari Kumpulan Kompang Warisan Labis. Boleh mengetuai kompang, boleh menyanyi dan lagu kompang diadun dengan nada muzik Jawa.





Kumpulan Seri Muar Ghazal pimpinan Encik Johari Arshad (Pak Saleh ) membuat persembahan. Ini bagi menghargai jasa Meira dan Niza yang telah terlibat dengan Ghazal Remaja SMK Tun Mamat. Terima kasih Pak Saleh dan ahli kumpulan.





0 comments: