WIRA KURANG DIDENDANG




Tarikh 16 Mei, hadir setiap tahun membawa pengertian yang tetap sama - menghargai jasa "Wira Kurang Didendang". Masyarakat diluar sekolah tidak mengetahui, bagaimana perasaan seorang guru ketika mengawal sebuah kelas yang muridnya seramai 38-45 orang, yang mempunyai pelbagai kerenah dan fiil.

Seiring dengan tuntutan global, guru tekun memastikan para pelajar menerima dan memahami modul pembelajaran dengan baik, guru juga berhadapan dengan bebanan tugasan luar yang kian bertambah. Pelbagai program dilakukan dengan kerjasama PIBG sekolah tetapi guru juga yang mengerakkan program.

Ibu bapa meletakkan tanggungjawab mendidik sepenuhnya kepada guru dengan kepercayaan dan pemahaman bahawa, guru telah dibayar gaji untuk melaksanakan tugasnya. Namun tidak ramai yang mengetahui, budaya keguruan mesti diamalkan dan dimiliki oleh semua orang.

Tugas guru di bandar dan luar bandar amat berbeza. Sesuai dengan "keterbukaan maklumat yang kian melampau",anak didik terdedah dengan segala macam nilai yang tidak seiring dengan budaya keilmuan. Ini menuntut peranan guru dan masyarakat terutama ibu bapa, melakukan "penurasan nilai" yang bersesuaian dengan keterbukaan maklumat yang didapati oleh pelajar.

Kesimpulannya, memberatkan tanggungjawab mendidik para pelajar semata-mata adalah tidak adil atas dasar mereka telah dibayar gaji. Marilah kita bersama-sama memartabatkan profesion pendidikan kita.

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.