BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

18 May 2010

SELAMAT HARI GURU..... CIKGU...

Selamat hari guru buat semua guru di SMK Tun Mamat, Tangkak. Muga tahun ini memberikan banyak keberkatan buat kita semua.


Credit Picture to [Click]

Guru umpama lilin yang setia membakar diri untuk insan lain. Orang berkata, pengorbanan guru tiada gantinya. Betul ke..? Apa yang aku tahu, kerana kita dipertanggungjawabkan atas tugas kita sebagai guru, maka laksanakan tugas dengan sebaik mungkin.

Credit Picture to [Click]

Aku amat bersyukur kerana aku dilahirkan menjadi seorang guru. Aruah abahku seorang guru, adik-adikku guru dan ipar-iparku juga guru. KAMI KELUARGA GURU. Aku ingat lagi ketika aku menjejakkan kaki di UM, aruah abahku berpesan, jika ada taklimat dari KP ( Kementerian Pendidikan ) tentang biasiswa, pergi dan ambil borang. Aku faham, aruah abahku mahu aku menjadi guru.



Credit Picture to [Click]

Syukur kepada Allah, dengan pekerjaan mulia ini akan aku didik anak-anak bangsaku menjadi insan yang berguna. Cabaran tetap ada tetapi pesanan aruah abahku, ingatkan Allah dan Tuhan maha kaya. Balasan mulia untuk kita ialah kesihatan yang baik dan semangat yang kental. Teruskan usaha dengan baik. Tuhan bersama kita.

0 comments: