ANDARTU TERLAMPAU........

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ;)


Ini aku tak puas hati dan masih terfikir-fikir. kenapa mesti sebut 'ANDARTU TERLAMPAU'? kenapa mesti 'JANDA MELETUP'? kenapa tak ada yang sebut 'JANDA TERLAMPAU'? 'ANDARTU MELETUP'? kiranya, nak kata yang perkataan 'terlampau' sesuai digandingkan dengan andartu dan 'meletup' tu cantik jika digandingkan dengan janda. macam itu ke?


http://3.bp.blogspot.com/_N-4TvTwvLEc/S_y2PmemiBI/AAAAAAAACVs/3cKwZQS3Zpc/s320/gallery.php.jpg



Aku tak faham apa motif pengarah filem ni buat cerita ni. aku lagi tak faham kenapa penerbit sanggup habiskan banyak duit untuk penggambaran filem ni. dan aku sememangnya tak akan faham KENAPA banyak filem melayu yang... yang... yang... argghhh! tak reti heeehhh aku nak cakap type macam mana lah filem melayu ni. yang aku nampak, tengok je la tajuk cerita, tak berapa nak nice lah bunyiknya. drama melayu kat TV sekarang ni pun, alahaiii... cuba lah buat cerita macam cerita Nur Kasih tu ke kan. (memandai je aku ni nak membebel pasal drama melayu)


'ANDARTU TERLAMPAU'... hm... yang aku boleh tafsirkan dari tajuk filem tu, seorang perempuan yang TERDESAK untuk mencari pasangan hidup (tak kisah lah atas faktor apa pun). buat pelbagai cara untuk dapatkan pasangan. hoh! mesti buruk perangai perempuan terdesak tu. ingat! apa pun matlamat yang ingin dicapai, bukan boleh main hentam je caranya.

http://1.bp.blogspot.com/_N-4TvTwvLEc/S_y2Pz-XE7I/AAAAAAAACV0/UDcL9hb5vKo/s1600/rcw.jpg

pening kepala si 'janda meletup' ni dok fikir pasal 'andartu terlampau' di atas. kuikuikui


Kalau ada janda dalam 1 kampung tu kan, mula lah wanita-wanita (para isteri) lain hidup dalam kerisauan. apa tidaknya, mesti nanti para lelaki (si suami) buat perangai dok gila nak takel janda tu. tak percaya? hah! tengok lah sendiri scene dalam drama. asal ada janda je, mesti berduyun-duyun lelaki nak hurung. apa yang specialnya janda ni? pergilah kejar andartu tu. yang perempuannya plak (isteri) mesti ada je yang sakit hati dengan si janda. padahal janda tu tak de pun usik siapa-siapa pun. apa salah si janda?


Tapi kan, yang aku peliknya, apsal janda selalu lagi cantik dari andartu? muehehehe. oopsss! kau orang yang terasa tu jangan marah haaa. aku cuma bertanya sebab aku inginkan kepastian sama ada betul ker apa yang aku nampak dan fikir ni atau mata aku yang dah juling? hehe


Pssstt... patutlah lelaki kejar janda berbanding kejar andartu. wakakaka ;p (jahat aku)

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.