Posts

Showing posts from May, 2010

TQ PERCETAKAN PELANGI

Image
Cuti sekolah akan bermula pada 4hb - 20hb Jun 2010. Peperiksaan DG44 aku pada 10hb Jun. Hai .... tak baca-baca lagi ni.... Aku risau memikirkan permintaan anak-anakku yang mengajak aku bercuti- CUTI-CUTI MALAYSIA. Tengah sibuk mengajar tiusyen pagi tadi, MR POSMEN membawa sampul surat dari Syarikat Penerbitan Pelangi. Syukur... ini dikatakan REZEKI... TQ Pelangi & Syukur kepada ALLAH. Royalti buku datang lagi... Anak-anak gembira dan isteriku tersenyum sampai ke cuping telinga.

WIRA KURANG DIDENDANG

Image
Tarikh 16 Mei, hadir setiap tahun membawa pengertian yang tetap sama - menghargai jasa "Wira Kurang Didendang". Masyarakat diluar sekolah tidak mengetahui, bagaimana perasaan seorang guru ketika mengawal sebuah kelas yang muridnya seramai 38-45 orang, yang mempunyai pelbagai kerenah dan fiil. Seiring dengan tuntutan global, guru tekun memastikan para pelajar menerima dan memahami modul pembelajaran dengan baik, guru juga berhadapan dengan bebanan tugasan luar yang kian bertambah. Pelbagai program dilakukan dengan kerjasama PIBG sekolah tetapi guru juga yang mengerakkan program. Ibu bapa meletakkan tanggungjawab mendidik sepenuhnya kepada guru dengan kepercayaan dan pemahaman bahawa, guru telah dibayar gaji untuk melaksanakan tugasnya. Namun tidak ramai yang mengetahui, budaya keguruan mesti diamalkan dan dimiliki oleh semua orang. Tugas guru di bandar dan luar bandar amat berbeza. Sesuai dengan "keterbukaan maklumat yang kian melampau",anak didik terdedah dengan se...

ANDARTU TERLAMPAU........

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ;) Ini aku tak puas hati dan masih terfikir-fikir. kenapa mesti sebut 'ANDARTU TERLAMPAU'? kenapa mesti 'JANDA MELETUP'? kenapa tak ada yang sebut 'JANDA TERLAMPAU'? 'ANDARTU MELETUP'? kiranya, nak kata yang perkataan 'terlampau' sesuai digandingkan dengan andartu dan 'meletup' tu cantik jika digandingkan dengan janda. macam itu ke? http://3.bp.blogspot.com/_N-4TvTwvLEc/S_y2PmemiBI/AAAAAAAACVs/3cKwZQS3Zpc/s320/gallery.php.jpg Aku tak faham apa motif pengarah filem ni buat cerita ni. aku lagi tak faham kenapa penerbit sanggup habiskan banyak duit untuk penggambaran filem ni. dan aku sememangnya tak akan faham KENAPA banyak filem melayu yang... yang... yang... argghhh! tak reti heeehhh aku nak cakap type macam mana lah filem melayu ni. yang aku nampak, tengok je la tajuk cerita, tak berapa nak nice lah bunyiknya. drama melayu kat TV sekarang ni pun, alahaiii... cuba lah buat cerita macam cerita Nur ...

HUTAN DARA ATAU HUTAN BELANTARA ?

Salam semua.. nak tanye nie?? korang malam2 tido pakai ape ek??hehee.. mesti laa pakai baju tido kan.. kalo laki biasanyer tak pakai baju kan.. pakai boxer je kan.. e'eh..nak citer pasal apa nie??? hehehehee~ ada laa someone yang saya kenal nie.. pompuan laa.. dia suka sangat pakai baju kelawar tym tido.. kadang2 kalo panas..dia pakai kain batik je.. dia nie selalu tido awal.. & dia tido agak ganas laa.. sebab kain dia selalu terselak.. mula2 terselak sikit nampak paha.. makin lama makin tinggi kain dia terselak.. sampai nampak perut.. malu saya tengok.. bertambah malu lagi bila dia tak pakai pape kat dalam.. aisshhhh...! boleh bayangkan tak saya tengok ape?? 'hutan belantara' okeyh??! sungguh NGERI.. saya sanggup kot tengok hantu malam2 dari tengok 'hutan belantara' dia.. masa 1st time tengok tu.. terus tutup lampu & tido.. wat xtau je.. esoknyer pon wat bodoh je.. malam esok & the day after that... still jugak macam 2.. xde perubahan langsung.. tetap x...

MASIH SUAMI ISTERI LAGI ?

Assalamualaikum.. 1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia. 2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga. 3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga. Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga. 4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga. 5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang ...

BERITA DARI RAWANG.

RAWANG: Mereka bukan lagi pembuli biasa di sekolah - pada umur antara 14 dan 16 tahun, mereka kini samseng tegar dan seronok merogol. Mereka bukan sahaja melakukan keganasan terhadap pelajar sekolah malah kepada guru, penduduk yang menetap di dua kawasan kejiranan berdekatan sekolah - dan kesemua mereka hidup dalam ketakutan. Kerana takut diapa-apakan oleh remaja yang sanggup melakukan apa sahaja terhadap mereka, guru, ibu bapa dan penduduk memilih untuk berdiam diri dengan aktiviti tidak bermoral mereka. Lebih menyedihkan kes pencabulan terhadap remaja perempuan dikatakan berleluasa di kawasan itu, namun hampir kesemua kes tidak dilaporkan berikutan mangsa takut akan menerima akibat yang lebih teruk daripada samseng tersebut. Bagaimanapun, perkara itu akhirnya diketahui setelah satu laporan polis dibuat mengenai kes rogol terhadap seorang gadis berumur 14 tahun oleh rakan sekolahnya dan dipercayai kejadian berlaku di sekolah mereka. Berita yang telah menggemparkan negara itu menghaira...

MAJLIS RAMAH MESRA TPM BERSAMA WARGA PENDIDIK

Image
Pada 25 Mei 2010 bertempat di Kompleks Sukan Pagoh, Muar telah diadakan Majlis Ramah Mesra YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia bersama warga pendidik Daerah Muar dan Ledang . Setiap sekolah di kehendaki menghantar 12 orang guru yang terdiri daripada Pengetua, Penolong-penolong Kanan, Ketua-ketua Bidang, dan AJK Kelab Bilik Guru. Dianggarkan seramai 2000 orang warga pendidik terutama sekitar Pagoh, hadir bersama TPM dan penganugerahan Tokoh-tokoh Guru Daerah Muar Ledang diumumkan.

TUGASAN 1 - 24/5/2010

Para pelajar Pra-U1 yang dikasihi, bahan tugasan pertama pada minggu ini ialah, 1. Jelaskan kongsep, Penduduk sebagai sumber. 2. Apakah yang dimaksudkan dengan penduduk sebagai agen perubahan ?

LATIHAN GHAZAL REMAJA SMK TUN MAMAT.

Image

BAS SEKOLAH DI JEPUN DAN NEGARA LAIN.

Image
Entri kali ini menunjukkan keistimewaan bas di Jepun, sebuah negara yang amat maju dalam pemikiran dan teknologinya yang gilerrrr...... Bas sekolah siap komputer dan flat skrin lagiii..... Tapi di negara membangun..... jauh berbeza.... bagai langit dengan bumi. ni macam pernah tengok aje... laa... di siniii........

BERTUDUNG TAPI TERDEDAH

Image
Salam buat semua. Belakangan ini, etika berpakaian kaum wanita muslim kita seperti tidak teratur dengan sempurna. Masyarakat kita perlu berani menegur dan jangan takut untuk menegur. Ibu bapa juga perlu berani menegur etika berpakaian anak-anak mereka agar tidak mengundang bahaya. Sengal Hawa ni.... anak sapa ni........ pakaian yang jarang...... Besar pun.. tutup sikit.... jangan tunjuk-tunjuk.... SAMA-SAMALAH FIKIRKAN.... BUKAN TANGGUNGJAWAB USTAZ DAN USTAZAH AJE.....

JOM BINA BLOG - PRA-U1

Image
Program SMART ICT MPPU untuk Pra-U1 ini diadakan dengan matlamat untuk membina Blog Pra-U bagi SMK Tun Mamat. Ceramah telah disampaikan oleh Cikgu Abdul Hafiz bin Ismail, Guru ROS UUM yang juga merupakan Mantan Presiden MPPU (Pertina ) sesi 2006-2007. Program diadakan pada 21 Mei 2010, Jumaat dari jam 3-5 petang bertempat di makmal komputer, SMKTM. Para perserta tekun mendengar ceramah. Terima kasih atas penyertaan seramai 27 orang pelajar Pra-U1 dari 86 orang pelajar. Kita telah mengenal pasti lima oarng pelajar bekas pelajar MPV dan langkah awal pembinaan blog akan dilakukan secepat mungkin. TQ buat cikgu Faizal Shariff,guru Koku T6, Cikgu Mohd Nazri Hamid dan Cik Fatin Hana Abd Halim kerana bersama-sama menjayakan program ini.

SELAMAT MENDUDUKI EXAM ....

Image
Untuk semua pelajar SMK Tun Mamat, berusaha untuk peningkatan prestasi akademik sekolah kita. EXAM! YAKIN DAN TERUS BERUSAHA. DOA DAN HARAPAN BUAT SEMUA PENUNTUT SMKTM DAN KHAS BUAT PELAJAR PRA-U2 IKLAS DARI :- AMRI HJ YAHYA, GPK TINGKATAN 6

CHILDE ABDUCTION

Malaysia is not a party to the Hague Convention on the Civil Aspects of International Child Abduction, nor are there any international or bilateral treaties in force between Malaysia and the United States dealing with international parental child abduction. Therefore, there is no treaty remedy by which the left behind parent would be able to pursue recovery of the children should they be abducted to or wrongfully retained in Malaysia . Once in Malaysia , the child/ren would be completely subject to Malaysian law for all matters including custody. The United States is not a party to any treaty or convention on the enforcement of court orders. A custody decree issued by a court in the U.S. has no binding legal force abroad, although it may have a persuasive force in some countries. Furthermore, a U.S. custody decree may be considered by foreign courts and authorities as evidence and, in some cases, foreign courts may voluntarily recognize and enforce it on the basis of comity (th...

HEALTHY LIFESTYLE

Nowadays, healthy is important in our life. there is overwhelming scientific evidence to support the fact that people who exercise regurlarly live longer and do not suffer from major illness such as heart disease, diabetes and hypertension. to keep maintain your healthy is depends on your lifestyle now not bring you any disease. to make it better, you must do exercise regurlarly . however, some people might find it boring to follow the same exercise routine. not only do the exercise, you also need to practice your balance diet. today, many fast food are opened. actually the fast food are not good our healthy lifestyle, it also is not a good menu. it is because in fast food many ingredients that not good to our body. such as oily and others preservative. if you want to life longer and you must to remember that to keep your healthy lifestyle. it is because ''prevention is better than cure''

SELAMAT HARI GURU..... CIKGU...

Image
Selamat hari guru buat semua guru di SMK Tun Mamat, Tangkak. Muga tahun ini memberikan banyak keberkatan buat kita semua. Credit Picture to [ Click ] Guru umpama lilin yang setia membakar diri untuk insan lain. Orang berkata, pengorbanan guru tiada gantinya. Betul ke..? Apa yang aku tahu, kerana kita dipertanggungjawabkan atas tugas kita sebagai guru, maka laksanakan tugas dengan sebaik mungkin. Credit Picture to [ Click ] Aku amat bersyukur kerana aku dilahirkan menjadi seorang guru. Aruah abahku seorang guru, adik-adikku guru dan ipar-iparku juga guru . KAMI KELUARGA GURU. Aku ingat lagi ketika aku menjejakkan kaki di UM, aruah abahku berpesan, jika ada taklimat dari KP ( Kementerian Pendidikan ) tentang biasiswa, pergi dan ambil borang. Aku faham, aruah abahku mahu aku menjadi guru. Credit Picture to [ Click ] Syukur kepada Allah, dengan pekerjaan mulia ini akan aku didik anak-anak bangsaku menjadi insan yang berguna. Cabaran tetap ada tetapi pesanan aruah abahku, ingatkan Allah da...

TERLALU @ TERLEBIH SUDAH.....?

akibat terlalu Terlalu LAMA BERDIRI? Merosakkan tulang. Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang. Terlalu LAMA DUDUK? Merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh menjadi kendur. Terlalu LAMA MELIHAT? Merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari biasa. Terlalu BANYAK TIDUR? Merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat-urat sekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan. Terlalu RIANG/GEMBIRA? Merosakkan usus. Terlalu KERAP MARAH? Merosakkan hati. Cepat kelihatan tua. Terlalu BANYAK BERFIKIR? Merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu dan dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim dan sekitarnya mudah terjejas. Terlalu BANYAK BERSEDIH? Merosakkan jantung. Terlalu MERANA? Merosakkan paru-paru. Terlalu TAKUT? Merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantun...

PROGRAM ORIENTASI PRA-U1, SESI 2010.

Image
Program orientasi Pra-U1 ( Tingkatan 6 Bawah ) telah diadakan dari 10hb-14hb Mei 2010 bertempat di Dewan Kuliah PPU. Seramai 90 orang pelajar baru telah mendaftar. Berbagai program telah diaturkan untuk pelajar Pra-U1 ini bertepatan dengan keputusan mesyuarat GPK Tingkatan 6 yang telah diadakan di Batu Pahat, dimana kita tidak mahu pelajar dibebankan awal-awal lagi dengan isu-isu akademik dan mata pelajaran hingga menakutkan pelajar baru Taklimat merangkumi penjenamaan dan pensrukturan semula Tingkatan 6, hala tuju selepas SPM aliran kemanusiaan, pakage mata pelajaran STPM, taklimat kerjaya, taklimat dari phak HEM, taklimat daripada Pengetua, Taklimat daripada Jabatan Penerangan, Ceramah tentang kepentingan Bahasa Inggeris (MUET), Latihan nyanyian lagu sekolah, taklimat peperiksaan dan program explore race. Ceramah bahasa Inggeris. Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Husin bin Sulong, dari SMK Tun Mamat. Pelajar Pra-U1 mendapatkan tandantangan daripada guru-guru sekolah.