BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

16 February 2010

VALENTINE'S DAY - HARAM DISAMBUT.

Setiap tahun, apabila tibanya 14 Februari pasti ramai antara kita akan menyambut Valentine's Day atau dalam Bahasa Melayunya Hari Kekasih. Tapi, apakah kita tahu sejarah disebalik Hari Valentine ni? Ni bukan birthday Valentino Rossi tau. Tapi mengikut sejarah, Valentine adalah seorang rahib Kristian yang hidup pada abad ke-3 di Rome. Apabila Raja Claudius II berpendapat lelaki yang belum berkahwin menjadi perajurit terbaik, dia mengharamkan perkahwinan untuk lelaki muda – sumber manusia untuk tenteranya. Valentine sedar akan jahatnya pengharaman itu telah melanggar perintah Claudius II dan terus mengahwinkan pasangan dalam sulit. Apabila perbuatannya diketahui, Claudius II menjatuhkan hukum bunuh ke atas Valentine.

Sebenarnya terdapat beberapa versi Sejarah Hari Valentine ni. Cerita di atas adalah salah satu daripadanya. Antara yang lain adalah:

Versi II:
Satu lagi legenda, Valentine adalah orang pertama yang mengirimkan surat 'Valentine' semasa dalam penjara. Dipercayai Valentine jatuh cinta sama seorang gadis, yang kemungkinan anak kepada penjaga penjaranya, yang menziarahi Valentine ketika dia masih dipenjara. Sebelum dia mati, difahamkan dia menulis surat untuk gadis itu dan diakhiri surat itu dengan kata-kata 'From Your Valentine' atau 'Dari Valentine Mu' – istilah yang digunakan tanpa fikir panjang oleh orang Muslim kepada kekasih mereka.
Versi III
Sementara ada yang mempercayai sambutan 14 Februari untuk Valentine's Day adalah untuk menghormati matinya atau makamnya Rahib Valentine, yang mungkin terjadi pada sekitar 270 tahun masihi. Ada juga yang menunjukkan bahwa sambutan Valentine's Day pada 14 Februari adalah untuk meng'kristian'kan sambutan jahiliah Romawi kuno yang bernama upacara 'Lupercalia'.

Pada masa Romawi kuno, Februari adalah bulan mulanya musim bunga dan dipercayaai masa untuk 'pembersihan'. Rumah-rumah akan dibersihkan dan ditaburi dengan garam dan gandum sebagai satu ritual untuk pembersihan. 'Lupercalia' yang bermula pada 15 Februari, adalah upacara kesuburan yang diadakan untuk mengagungkan 'Faunus', dewa agrikultur Romawi, juga untuk pengasas kota Rome, iaitu Romulus dan Remus.

Untuk memulakan upacara, anggota 'Luperci', atau segerombolan Pendita Romawi, akan berkumpul di dalam gua mulia dimana Romulus dan Remus, pengasas kota Rome, kononnya telah dipelihara oleh seekor serigala betina. Pendita Romawi itu akan menyembelih kambing untuk kesuburan, dan seekor anjing, untuk pembersihan.

Kanak-kanak lelaki kemudiannya akan menghiris kulit kambing yang dicelup dengan darah penyembelihan binatang-binatang itu dan lari ke kampung dengan gembira. Mereka akan memukul perut wanita kampung dengan hirisan kulit dan darah itu dan juga memukul ladang yang sedang diusahakan dengan kulit itu. Ini supaya wanita dan ladang itu akan subur pada tahun itu.

Berikutnya, wanita belum nikah akan meletakkan nama-nama mereka ke dalam tangkar atau tembikar yang besar. Maka lelaki muda kampung akan mengambil seorang sehelai tulisan nama wanita dan mereka dipasangkan untuk masa setahun. Selalunya (bukan semestinya) mereka akan berkahwin. Paus Gelasius mengisytiharkan 14 Februari sebagai St Valentine’s Day sekitar 498 tahun masihi. Hal ini menunjukkan ianya adalah sambutan keagamaan dan kerana itu, haram disambut oleh orang Islam dalam apa bentuk sekalipun. Ingat hadis Nabi:
"Man tasyaabiha bi qaumi, fahuwa minhum."

Barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, dia akan digolongi sebagai kaum itu.

Setelah beberapa lama. Sistem 'lottery' upacara 'Lupercalia' itu dimansuhkan kerana ianya bercanggah dengan fahaman Kristian yang telah menyerapi dan diterima bangsa Romawi.

Kemudian, pada masa pertengahan "Middle-Ages", ianya dipercayai di negeri Inggeris dan Perancis bahawa 14 februari adalah permulaan musim kahwin burung-burung, yang menambahkan fahaman bahawa Valentine's Day, sepatutnya menjadi hari romantis.

Versi IV:
Akhir sekali dan yang paling dahsyat, Valentine adalah sempena nama paderi besar Kristian zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol iaitu Saint Valentine.

Dia disayangi kerana berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi. Kejayaan itu begitu bermakna kepada Ratu Isabella dan disambut setiap tahun pada 14 Februari oleh rakyat Cordova dengan menamakannya Hari Valentine.


Apa itu Cupid?


Cupid, anak kecil yang membawa anak panah dan busar, kononnya adalah anak Venus, dewi Romawi bagi Cinta. Dalam mitos Yunani (Greek), Cupid dikenali sebagai anak Aphrodite yang bernama Eros (punca bagi perkataan 'erotica')

Ada beberapa pendapat mengenai apa yang terjadi pada Valentine. Ada yang mengatakan dia dipancung kepalanya, ada juga yang berkata dia jatuh sakit di dalam penjara dan mati. Pada tahun 1835, apa yang dikatakan sebagai peninggalan (mayat) Valentine telah dihadiahkan kepada seorang paderi Irish (Ireland, UK) bernama Paderi John Spratt oleh Paus Gregory XVI setelah Spratt meninggalkan kesan dalam ucapannya pada Paus semasa dia berkunjung di Rome. Hadiah itu, dalam sebuah kotak mayat hitam dan emas, masih boleh dilihat setiap Valentine's Day di Biara Whitefriar Street di Dublin, Ireland, United Kingdom.

Begitulah antara kisah dan sejarah Hari Valentine yang kita sambut setiap tahun. Semuanya berkaitan dengan sejarah paderi dan agama Kristian

0 comments: