Pada 2 Mei 2011, sempena cuti Hari Pekerja saya telah membawa famili dan bonda saya ke Putrajaya dan melawat anak saudara isteri yang kemalangan motosikal di Kompleks Polis Kampung Kerinchi.
Apabila menyusuri laluan UM, hati saya terasa sedih. Banyak peristiwa yang telah saya lalui di UM. Ada hati yang telah saya kecewakan dan jika berpeluang berjumpa, saya ingin mohon ampun dan maaf.
Muga anak-anak saya mengikuti jejak langkah saya ke UM. UM sentiasa di hati saya dan kehidupan saya kini banyak terbentuk dari kegiatan aktif saya dalam Persatuan Mahasiswa Anak Melaka dan Jawatankuasa Tindakan Asrama Dayasari (Ke Lima).
Selama ini para pelajar beratur di dataran terbuka dalam keadaan berpanas dan basah jika hujan. Syukur kepada Allah, Mantan Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abdul Ghani Othman telah meluluskan pembinaan dewan dengan kos RM400 ribu.
Pada 16hb. Jun bersamaan hari Rabu, jam 9.00 malam telah diadakan mini orkestra ghazal. Matlamat untuk melihat hasil kerja pelajar sekolah yang telah berlatih secara intensif. Majlis di hadiri oleh Pengarah Yayasan Warisan Johor, Tuan Haji Jama bin Johan. Jamuan malam pula dibuat secara BBQ.
Comments