SAIDA ANGAU - HILANG ARAH KERANA NAMA.

Seorang isteri sangat sayangkan suami dan keluarganya walaupun apabila kadang-kadang cerita kurang enak mengenai suami bermain kayu tiga, suami pukul isteri atau suami mengabaikan tanggungjawab sebagai suami, mereka tetap akan mempertahankan hubungan tersebut.

tetapi dalam kes ini, ternyata sangkaan kami benar mengenai Saida ketika dia berkeras untuk memohon cerai dari suaminya atas alasan suami tidak menghormati arwah ayahnya tempoh hari. Pasti ada yang tak kena.

Lelaki bernama Hafiz Che Mat, adalah punca Saida menjadi angau dan berkeras untuk bercerai dengan suaminya, Ghazali walaupun suaminya tidak mahu menceraikannya.

Suaminya mendakwa, Saida telah kantol apabila duduk berdua-duaan di dalam kereta bersama lelaki tersebut malah bukti seperti gambar dan sms mengandungi perkataan sayang, rindu dan sebagainya.

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.