Pada 7hb-8hb Mei yang lalu, dengan pendaftaran sebanyak RM90 saya telah mengikuti kursus Fotografi Digital anjuran Kolej Komuniti Ledang. Program yang amat menarik dan membuka pengetahuan saya tentang teknik fotografi.
Gambar ini amat saya minat dan memerlukan fokus yang tepat.
Selama ini para pelajar beratur di dataran terbuka dalam keadaan berpanas dan basah jika hujan. Syukur kepada Allah, Mantan Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abdul Ghani Othman telah meluluskan pembinaan dewan dengan kos RM400 ribu.
Pada 16hb. Jun bersamaan hari Rabu, jam 9.00 malam telah diadakan mini orkestra ghazal. Matlamat untuk melihat hasil kerja pelajar sekolah yang telah berlatih secara intensif. Majlis di hadiri oleh Pengarah Yayasan Warisan Johor, Tuan Haji Jama bin Johan. Jamuan malam pula dibuat secara BBQ.
Comments