BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

14 March 2011

BABI vs LEBAH

Babi dan Lebah mempunyai perbezaan falsafah yang boleh kita ambil iktibar dan dihayati bersama daripadanya..Setelah korang membaca 2 perbezaan falsafah ini diharapkan kita semua dapat berhentilah bersangka buruk dan memburuk-burukkan orang lain selepas ini kerana sikap seperti perlu di elakan dikalangan orang-orang islam khususnya..memaki-maki sesama islam,,enghina dan seupamanya..

Jangan hanya pandang keburukan orang lain, sebaliknya cerminlah dulu diri kita sendiri.

Semoga kita semua sentiasa bersikap positif dan rasional dalam bermuamalah dengan sesama manusia.

Mari kita hayati bersama 2 falsafah penting ini.

Falsafah ini sebenarnya adalah pesanan ulama besar India (Maulana Mustaqim & Maulana Inamul Hassan). Saya sunting dan ubah sikit-sikit ayatnya agar mudah difahami.

Falsafah babi

Kita jangan jadi macam babi! Sebab babi apabila pergi ke sesebuah taman, walaupun di sana ada bunga mekar nan indah, buah-buahan yang enak-enak dan makanan yang baik-baik, tapi akan sentiasa tetap mencari babinajis dan kotoran.




Pengajaran : Jangan kita jadi macam babi, yang sentiasa asyik mencari kekotoran dan najis saja. Justeru, kita janganlah suka mencari keburukan dan bercakap tentang keburukan saudara-saudara kita saja.

Sebaliknya, fahami dan praktikkan falsafah ini.



Falsafah lebah

Kita kena jadi macam lebah! Sebab lebah apabila mencari manisan dia akan pergi ke setiap bunga, samaada bunga itu wangi atau busuk, tapi dia tetap akan mengambil manisan daripada bunga tersebut. Dan akhirnya manisan dapat dikumpul di dalam sarangnya, dan terjadilah apa yang dinamakan MADU (ubat bagi segala penyakit) yang memberikan manfaat kepada makhluk lain.


Pengajaran : Jadilah kita seperti lebah. Kita harus mencari kebaikan setiap saudara kita supaya kebaikan akan terkumpul dalam diri kita.

Saya dapati kita sekarang ni suka sangat SUUZZON (sangka buruk) dengan orang lain.

Sepatutnya kita semua ni kena ikut falsafah atau resmi lebah. Sentiasa mencari manisan hatta pada bunga yang busuk. Mencari manisan bukan untuk dirinya sahaja, tetapi memberi manfaat juga kepada makhluk-makhluk yang lain.

Saya sarankan agar kita semua menilai kembali semua tingkah laku, percakapan dan perangai kita dengan lebih rasional. Kalau ada kawan-kawan atau orang yang kita tidak suka pun, jangalah kita hanya pandang keburukan dan kelemahan mereka saja.

Jangan sekali-kali memaki hamun atau merendah-rendahkan orang lain.

Cubalah lihat yang positif berbanding yang negatifnya. Kita semua adalah manusia biasa.

Ada banyak kelemahan dan dosa. Yang penting, kita kena manfaatkan yang positif, buangkan yang buruk, walaupun orang tu adalah musuh kita.

Semoga saya dan sahabat-sahabat semua dapat ambil iktibar dan amal 2 falsafah yang saya kongsikan ini, insyaAllah.

OK, sebelum saya mengakhiri entri kali ini, saya nak tanya anda. Kalau anda diberi pilihan, apakah yang anda mahu jadi? Nak jadi BABI ker?? Atau nak jadi LEBAH?? Mana satu pilihan anda?? Haaa, jawab jangan tak jawab….huhu

0 comments: