SELAMAT HARI MALAYSIA.
Semoga dengan hari memperingati pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen ini mengukuhkan lagi semangat cintakan tanah air dalam sanubari kita bersama.
Saya juga dengan gembiranya ingin mengucapkan
.::: SELAMAT HARI RAYA :::.
kepada semua umat Islam. semoga kemeriahan aidilfitri ini masih terasa sehinggalah hari terakhir dalam bulan Syawal kelak. Almaklumlah kita kan beraya sebulan.
Sempena dengan Hari Malaysia yang jatuh pada hari ini, ingin sekali saya kongsikan gambar-gambar ‘menarik’ untuk menaikkan semangat kita dalam menjalani kehidupan sebagai rakyat 1Malaysia yang merdeka dan bebas dari
belenggu penjajahan fizikal dan pemikiran
walaupun gambar-gambar di bawah ini mungkin dianggap sekadar gurauan dan bahan ketawa, namun apa salahnya kita melihat dari perspektif berbeza dan diimplementasikan pula dalam kehidupan kita untuk menjadi yang lebih baik dari masa ke semasa
walaupun seberat mana ujian dan cabaran yang mendatang, akan kugagahi jua untuk melepasinya. fizikal bukan penghalang. inilah yang dikatakan di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
seberat mana beban yang dipikul walaupun seberat gajah, tidakkan ku gentar untuk dipikul.
alah bisa tegal biasa. sudah selalu sangat buat kerja berat. boleh angkat dumbbell tu sebelah tangan saja
ini pula yang dinamakan alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. alang-alang perlu merentas laut mencari ikan biar terus angkut ikan yang besar kan
biar sampai nyawa di hujung tanduk, akan ku pastikan tidak mati sia-sia. bertarung hingga ke hujung nyawa
sikit-sikit lama jadi bukit, sampai nak tumbang pokok hasil ketukan sang burung entah sedari bila.
semoga semua gambar-gambar ini sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat anda sempena HARI MALAYSIA ini ye kawan-kawan
Sumber :- KAU ILHAMKU
Comments