DUIT BUKAN SEGALANYA.............

Tertarik dengan pandangan seorang pembaca dalam sebuah akhbar terkemuka semalam. Pembaca memberikan pendapatnya mengenai pemberian 'Angpau Raya' yang semestinya berbentuk wang. Dalam pendapat pembaca... dia mengatakan yang pemberian 'Angpau Raya' bukanlah budaya orang Islam. Kalau dulu... duit raya diberi tanpa sarung dengan jumlah nilai dalam lingkungan RM0.20 hingga RM1.00 tapi kini pemberian yang dibawah RM1.00 akan dicop sebagai kedekut. Kebanyakan anak kecil berharap memperolehi kandungan 'Angpau Raya' paling-paling kurang RM1.00 dan akan tersenyum gembira jika isinya lebih dari yang dijangka. Ini menjadi bebanan kepada pemberi duit raya dan sewajarnya budaya ini diHENTIkan.Pembaca tersebut memberi cadangan supaya duit raya diganti dengan pemberian ole-ole seperti coklat atau muffin.

Seperti biasa setiap sesuatu ada pro dan kontranya. Terpulanglah pada niat. Kalau dulu... kebanyakan yang memberikan duit raya berniat untuk bersedekah kepada anak-anak kecil ini. Golongan yang manakah lebih gembira menyambut Hari Raya kalau tidak lain daripada kanak-kanak? Tiada salahnya mengembirakan mereka setahun sekali. Keikhlasan dalam diri kita yang perlu dibentuk. Kenapa rasa membebankan? Kalau rasa tidak mampu untuk memberi yang sepatutnya... berilah sekadar yang termampu. Mengapa takut dicop sebagai kedekut? Pandangan anak-anak... sekadar pandangan dan akan lenyap ditelan masa.

Bagi saya... kalau kita dulu bergembira dengan keadaan sebegitu... kenapa nak meragut kegembiraan anak-anak zaman sekarang? Yang penting adalah cara kita (ibubapa terutamanya) dalam mendidik pemikiran anak-anak ini. Latih mereka untuk sentiasa berterima kasih dan bersyukur dengan apa yang diperolehi. Latih mereka untuk menabung dan tidak membazir wang yang diperolehi sesuka hati. Latih mereka untuk tidak bersaing antara satu sama lain dalam menentukan siapa yang memperolehi duit raya paling banyak. Yang paling penting... latih mereka supaya tidak melabelkan seseorang dengan sesuatu yang tidak baik hanya kerana apa yang mereka lihat. Anak-anak perlu diajar memahami... tidak semua orang berkemampuan. Begitu juga dengan apa yang mereka perolehi (duit raya). Rezeki masing-masing... Allah yang menentukan.

Kalau kita boleh dididik... kenapa tidak dengan anak-anak kita?

SUMBER : SEMEKAR KASIH

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.