SEKOLAH HARAPAN ( GADIS MENGANDUNG ).

Menurut kenyataan YAB Ketua Menteri Melaka, Sekolah Harapan, Rumah Harapan untuk gadis-gadis yang mengandung anak luar nikah akan dibuka pada 17hb September ini. Jam 12.10 tengahari ketika saya lalu di depan sekolah ini, ada terlihat wartawan NTV7 ( 2 orang ) sedang membuat liputan berita tetapi kelibat orang tidak kelihatan.

Kedudukan sekolah ini ialah pejabat lama Perbadanan Air Melaka, di atas bukit jalan ke SMK Datok Bendahara, Jasin.

Setidak-tidaknya, KM Melaka cuba melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah pembuangan bayi dan bertambahnya kes anak-anak gadis Melayu yang termengandung. Yang lain, pandai bercakap sahaja, tapi tindakan tiada. Syabas KM Melaka dan semuga rancangan ini membuka mata banyak pihak.

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.