BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

26 August 2009

Kelab Ghazal Remaja SMK Tun Mamat





Kelab Ghazal Remaja SMK Tun Mamat, telah ditubuhkan pada ttahun 2001. Idea penubuhan kelab ini tercetus ketika saya, terbaca di surat khabar tentang projek penyerahan peralatan muzik Ghazal ke sekolah-sekolah di Johor oleh pihak Yayasan Warisan Johor (YWJ). Saya telah memberanikan diri bertanya dengan pengetua ketika itu, iaitu Allahyarham Tuan Haji Amri bin Hasbulah, bolehkah saya menubuhkan kelab Ghazal sekolah. Beliau terus menghubungi bakal pengetua baru, iaitu Puan Hajah Bashirah untuk mendapatkan kebenaran beliau dan saya terus bertanya adakah beliau mengizinkan saya menubuhkan kelab ghazal.

Pada peringkat awal penubuhan, terlalu banyak cabaran yang terpaksa saya tempuhi dalam menubuhkan kelab ini. Saya adalah warga Melaka dan berkhidmat di Johor sejak 1.9.1991 dan jiwa saya tertarik dengan kesenian Zapin dan Ghazal. Saya memang meminati seni sejak dari sekolah lagi hingga ke universiti. Malah saya juga pernah membuat Konsert Headwind pada tahun 1988 di Dewan Tengku Cencelor, Universiti Malaya. Berbekalkan pengalaman dan semangat, saya membuat kertas kerja dan kebetulan pula, Menteri Besar Johor datang merasmikan surau baru sekolah. Saya telah menyerahkan kertas kerja dan surat permohonan kepada MB dan beliau mencatat sesuatu pada kertas kerja itu. Sebulan kemudian, saya mendapat penggilan talipon dari YWJ, dari Tuan Haji Jaafar mengatakan pihak YWJ akan menghantar peralatan Ghazal ke sekolah. Bermula dari itu, kelab Ghazal sekolah telah terus memulakan latihan di bawah pimpinan jurulatih , Pak Saleh Arshad dari kumpulan Seri Muar Ghazal. Kami menyertai setiap pertandingan yang dianjurkan sehinggalah pada tahun 2006 kelab Ghazal sekolah telah mendapat tempat Naib Johan Ghazal Negeri Johor.

0 comments: