Derita semalam

Derita Semalam.
Oleh Amri Hj Yahya


PAGI ini seperti hari-hari yang lalu, Ana berjalan kaki ke perhentian bas.Tidak seperti lima

bulan yang lepas, suaminya akan menghantar dia ke tempat kerja. Dengan menaiki kereta Honda

Accord ke tempat kerja dan di hantar oleh suami tersayang , Ana amat bahagia dan rasa disayangi.

Tetapi kini, Ana harus ke tempat kerja sendirian kerana suaminya menghadapi masalah kewangan.

“ Abang menghadapi masalah perniagaan Ana. Kawan-kawan abang tidak setia dalam

menguruskan perniagaan abang di Melaka “ kata suaminya, Ally dengan nada lemah.


Suaminya sebelum bergelar guru, telah membuka perniagaan di negeri kelahirannya.

Peluang melanjutkan pelajaran ke UTM, Skudai dalam jurusan Diploma pendidikan menyebabkan

perniagaan yang telah diusahakan selama dua tahun diserahkan kepada rakan baiknya tanpa

perjanjian bertulis. Atas`dasar kepercayaannya itulah dia ditipu dan perniagaannya terpaksa ditutup.


**********************************************************

Hari ini genap seminggu Ana menunggu bas di perhentian bas itu. Dia tidak menyangka

perubahan yang berlaku mengundang derita dalam hubungan yang dibina selama satu tahun sebagai

suami isteri. Tekanan yang dihadapi menjadikan dia memandang rendah akan kemampuan

kewangan suaminya. Apa tidaknya, wang gaji suaminya terpaksa dipotong untuk menjelaskan

hutang –hutang perniagaannya. Malah kereta suaminya terpaksa dijual untuk mendapatkan wang

bagi menjelaskan hutang piutang suaminya.



“ Abang harap Ana bersabar dengan dugaan ini. Abang berjanji akan menjelaskan semua

hutang perniagaan abang dalam tempoh satu tahun,” kata suaminya dengan penuh yakin. “

Ana ikut sahaja bang. Janji Ana, susah senang kita bersama-sama” jawab Ana dengan

penuh keyakinan. Tanpa di sedari, air matanya mengalir di pipinya yang gebu. Ally segera

menyapu mesra air mata isterinya dan mendakap isterinya erat.




***********************************************************

“ Sampai bila kau nak berjalan kaki ke perhentian bas ? Suami kau tak mampu membeli

motorsikal ? Itulah dah elok berkereta, kena pula berjalan kaki..” kata Mak Jah kepada Ana.

Ibunya, ibu tunggal yang memang bersikap dendam pada bekas suaminya mula menghasut Ana. “

Aku tak mahu kau bersusah macam ni. Suami kau cikgu tapi kau terpaksa bekerja. Nasib baik

belum beranak pinak,” kata ibu Ana dengan angkuhnya. Ana hanya mendiam diri. Hari minggu

yang biasanya digunakan untuk mengemas rumah dan memasak, terganggu seketika dengan

kunjungan ibunya. Suaminya pagi-pagi lagi telah membantu Abang Nang, tuan punya rumah

sewanya masuk ke kebun kelapa. Suaminya tanpa segan, rela mengutip biji-biji kelapa dan

dikumpulkan ke dalam lori untuk dijual kepada peraih kelapa di sekitar Pontian. “ Itu kau tengok,

suami kau cikgu tapi tak malu ke masuk kebun mengutip kelapa ? “ kata ibunya lagi. “ Biarlah

mak. Abang mencari wang tambahan bagi menampung belanja kami. Kami bersusah payah dalam

setahun sahaja dan insyaallah, kami akan senang semula” kata Ana dengan penuh keyakinan.


************************************************************

Tujuh bulan telah berlalu. Berkat kerajinan Ally selama ini, dia mampu membeli motosikal.

Walaupun “secondhand” tetapi yang penting dia dapat menghantar isterinya ke tempat kerja. Dia


juga dapat ke sekolah tanpa menumpang rakan guru yang lain. Pada suatu petang, jiran Ally

menegurnya ketika dia hendak ke kedai. “ Cikgu tak ke tempat kerja isteri ke ? “ Tanya Pak Hamid

pemilik kedai Kampung Timur Laut. Hati Ally tertanya-tanya kenapa Pak Hamid bertanya begitu.

Ally seperti biasa dengan setia menunggu isterinya Ana di perhentian bas Kampung Timur Laut.

Selepas menikmati makan malam bersama, Ally membantu Ana mencuci pinggan mangkuk

dan menyapu lantai. “Bagaimana di tempat kerja Yang ? “ Ally bertanya mesra kepada Ana.

Nampak riak muka yang mencurigakan di wajah isterinya tetapi dengan yakin menjawab, “ Ok

semuanya. “Why honey” jawab Ana . “ Bukan apa, kebelakangan ini Abang lihat Ayang macam

menyembunyikan sesuatu daripada abang. Ada masaalah ceritalah dan jangan terbuku dalam hati

ok” jelas Ally sambil tangannya mengelap meja makan. Ally menyedari sejak kebelakangan ini,

Ana banyak berubah. Tidak semesra dahulu malah banyak mendiamkan diri sahaja. Ally

berpendapat perubahan yang berlaku mungkin kerana dia bosan dengan perubahan yang dialami

kini. Macam yang dikatakan oleh bapa mertua Ally, “ Kau juga dari sejak mengenali dia, sehingga

bertunang, kau terlalu memewahkan dia, memanjakan dia. Orang perempuan ni jangan kau beri

muka sangat. Nanti kau yang pening kepala,” kata Pak Zainal kepada Ally ketika dia menziarah

bapa mertuanya di Kampung Serkat.




Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Hubungan suami isteri

yang terbina sekian lama kini diganggu orang ketiga. Ally tidak mengetahui perhubungan Ana

dengan rakan kerjanya. Patutlah orang-orang kampung di Kampung Timur Laut bergosip tentang

hubungan mereka. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.






“Sejauh mana perhubungan Ayang dan Azman ? “ tanya Ally kepada isterinya. “ Orang kampung

bergosip tentang Ayang dan Azman. Malah peraih kelapa juga bercerita pada abang dan mengenali

Azman kerana syarikat Ayang juga menjual kelapa kepada peraih tersebut” jelas Ally. Ana serba

salah dan membisu. Seketika kemudian Ana berkata, “ Kami hanya berkawan. Tak ada apa-apa

yang serius antara Ayang dan Azman,” jelas Ana.


Sejak itu hubungan Ally dan Ana mulai hambar. Ana keluar dari rumah dan tanpa

menjelaskan kepada Ally arah tujuannya. Semasa Ally ke tempat kerja isterinya, Ana bercuti

seminggu. Puas Ally mencari dengan hanya menggunakan motosikal sedangkan Ana telah keluar

bersama Azman berkereta entah ke mana. Mampukah motosikal buruk ini mengejar mereka?

Tetapi amat besar dugaan Tuhan dan ini mengingatkan Ally kepada pesanan Imam di surau

Kampung Timur Laut. “Allah memberi dugaan kepada hambanya mengikut kekuatan dan

kemampuan insan itu. Tuhan menyayangi cikgu dan dugaan maha besar diberi bagi menguji

keimanan dan ketabahan cikgu.Bersabar dan bertawakkal pada-Nya,” nasihat imam kepada Ally.


****************************************************************


“ Maafkan Ana abang dan halalkan makan minum. Ampunkan kesalahan Ana abang.....,”

suara Ana teresak-esak. Suasana di luar ruang legar Mahkamah Syariah Pontian sepi. Ally hanya

mendiam diri. Dia tidak percaya isterinya telah berlaku curang kepadanya dan telah ditangkap

berkhalwat di sebuah hotel di Pontian.


Perhubungan Ally dan Ana telah berakhir. Ally telah menceraikan Ana dan Ana tidak

berhak menuntut apa-apa dari Ally. Apa yang diketahui Ana telah bernikah dengan Azman dan






biarlah mereka dengan kehidupan mereka. Tetapi yang pasti, Ally tidak dapat memaafkan Ana.

Bagi mengubati luka hatinya, Ally telah berpindah jauh dari daerah Pontian. Biarlah kisah sedih

yang lalu terus berlalu dan membina kehidupan yang baru di daerah yang baru. Ally yakin setiap

yang berlaku ada hikmahnya dan semoga hari-hari yang mendatang akan membawa kebahagiaan

dalam kehidupan. Selamat tinggal semalamku dan biarlah ombak derita terus berlalu.

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.