Isteriku dan anak-anakku
Isteriku, Muslina bte Hj.Leman, berasal dari Felda Bukit Senggeh, Nyalas, Jasin, Melaka. Kami berkahwin pada 25 Disember 1996. Kami tak pernah bercinta. Kami dipertemukan oleh emak saudara isteriku yang juga isteri kepada sepupuku di Kampung Rumbia, Alor Gajah, Melaka.
Pendidikan isteriku hanyalah setakat SRP dan bersekolah disebuah sekolah agama di Merlimau. Kami dikurniakan 3 orang anak iaitu, Muhammad Syafiq Iqbar bin Amri 12 tahun, Nur Natasya Farhana bte Amri 10 tahun dan Muhammad Naqib Haikal bin Amri 8 tahun. Anak-anakku adalah permata hatiku dan juga isteriku. Doaku agar kehidupan kami bahgia, selamat di dunia dan akhirat serta dijauhkan dari penyakit dan mara bahaya. Muga anak-anakku besar nanti menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Comments