Posts

KELAB ZAPIN SMK TUN MAMAT.

Image
Saya memulakan tugas sebagai guru di SMKTM bermula pada tahun 1996. Namun, bermula pada tahun 1998, saya telah membentuk kumpulan zapin sekolah setelah mengikuti program kejurulatihan zapin anjuran Yayasan Warisan Johor. Apa yang pasti, keahlian kelab zapin ini bertukar ganti kerana pelajar yang terlatih dalam tarian zapin akan menamatkan persekolahan. Cabaran juga tetap ada kerana dalam usaha untuk menjadikan tarian zapin dan kelab zapin sebagai aktiviti koku pelajar yang baik, ada pihak yang cetek ilmu dan berfikiran sempit ( termasuk yang HIPOKRIT ), tetap memandang serong penari-penari zapin. Walaupun penari saya berpakaian sopan dan menari dengan menjaga kesantunan penari wanita, ada juga makhluk Tuhan yang tidak berpuas hati. Kalau dah tak suka, buat baik macam manapun, tetap ada cacat celanya. Ada saja salah penari saya sampai memakai sanggul tinggi pun dengan bertudung SALAHHH........ Saya dan pelajar-pelajar kelab zapin tidak akan mudah mengalah dan tunduk kepada kebodohan pi...

HARI " Q " 2010.

Image
Pada tarikh 23 Oktober 2010, SMK Tun Mamat mengadakan Hari Q. Tahniah kepada Pengetua, Rakan-rakan guru dan para pelajar yang merealisasikan program ini.

Di Mana Kan Kucari Ganti ?

Buat Seniman Agung P. Ramlee........ GETARAN JIWA -nya memecah keheningan senja. Sesekali BILA LARUT MALAM kuterdengar BUNYI GITAR anak seni yang sedang menempuh GELORA hidup ini. Baginya AZIZAH bagaikan BULAN DIPAGAR BINTANG. Rintihannya JANGAN TINGGAL DAKU dan dengarlah JERITAN BATINKU memperlihatkan kesungguhannya menghidupkan layar perak dengan KISAH RUMAHTANGGA . Dia sedia BERKORBAN APA SAJA demi menghiburkan MANUSIA MISKIN KAYA walaupun kadangkala DALAM AIR TERBAYANG WAJAH anak-anak yang merayu "TOLONGLAH KAMI". HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH budi yang baik dikenang juga. DI MANA KAN KUCARI GANTI ?

RUMAH DATO' SOSILAWATI

Image
Harta peninggalan Dato Sosilawati ini kini menjadi milik anak-anaknya yang akan mewarisi harta ini..Berdasarkan kemasan dalaman rumah ini pasti menjadi idaman semua orang kerana kemewahan dan keindahan bentuk rumah ini...sekadar berkongsi gambar...

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN -PRA-U1

Image
Bermula pada 15 Oktober - 2 November, para pelajar Pra-u1 menduduki peperiksaan akhir tahun di Dewan Makan asrama. Dewan makan ini merupakan Dewan Makan yang lama dan dilengkapi dengan pendingin hawa. Semuga para pelajar mendapat keputusan yang cemerlang.

SIKAP BURUK PELAJAR.

Image
Sikap buruk pelajar yang suka menconteng dinding dan tembok dalam kawasan sekolah adalah satu manifestasi "sikap kurang ajar" segelintir pelajar kita. Pelajar perlu sedar dan faham bahawa sikap ini bukan cara terbaik dalam menyatakan protes. Sila fahami peraturan sekolah dan ikut apa yang di minta oleh guru. Bekas Ketua Pengawas dan AJK Pengawas sentiasa mendoakan pelajar-pelajar kita berada dalam keadaan berdisiplin. Hindarkan diri anda dari melakukan salahlaku disiplin di sekolah.