BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

12 February 2013

TUGASAN GEOGRAFI PENGGAL 2 - ALAM SEKITAR FIZIKAL 2013.

KUMPULAN GEOGRAFI 942/2 STPM 2013.

TUGASAN KE-3 ( ALAM SEKITAR FIZIKAL )

KUMPULAN 1 -6AB
i) Apakah yang dimaksudkan dengan El-Nino dan proses kejadian El-Nino ?
ii) Huraikan faktor-faktor kejadian El-Nino dan kesankesan fenomena El-Nino ke atas aktiviti manusia di kawasan Asia Tenggara.

KUMPULAN 2 - 6AB
i) Apakah yang dimaksudkan dengan La-Nina dan proses kejadian La-Nina ?
ii) Huraikan kesan-kesan kejadian La-Nina terhadap unsur cuaca dan iklim serta impak-impak fenomena La-Nina terhadap aktiviti manusia di Malaysia.

KUMPULAN 3 - 6AB
i) Apakah yang dimaksudkan dengan pemanasan global ?
ii) Huraikan kesan-kesan pemanasan global terhadap unsur-unsur cuaca dan iklim.

KUMPULAN 1 - 6AA.
i) Apakah punca-punca pertambahan gas Rumah Hijau ?
ii) Bagaimanakah kesan pemanasan global mempengaruhi aktiviti manusia di kawasan tropika lembab.

KUMPULAN 2 - 6AA.
i) Nyatakan fungsi lapisan ozon yang terdapat di lapisan atmosfera dan tiga jenis bahan yang menyebabkan berlakunya penipisan lapisan ozon.
ii) Huraikan faktor-faktor berlakunya penipisan lapisan ozon dan langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi mengurangkan penipisan lapisan ozon.

PERHATIAN :-

1. Pembentangan tugasan akan diadakan selepas cuti tahun baru Cina.
2. Setiap kumpulan perlu membuat satu set salinan pembentangan untuk dimasukkan ke dalam fail Folio Pengajaran dan Pembelajaran Geografi 2013.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA DAN SELAMAT BERCUTI.

0 comments: