Posts

Showing posts from August, 2012

ZULIDIAH HJ HASSAN vs ABD RAZAK JAMALUDDIN.

Image
Rakan-rakanku, Zulidiah dan Razak telah dipertemukan jodoh mereka. Semuga mereka hidup bahagia. Bukan mudah untuk mencari generasi Melayu yang menganut agama Islam secara turun temurun yang boleh mengamalkan POLIGAMI. Muga mereka bahagia dan sejahtera.

BUSU DEWA SABTU DAN MAK LONG KG GANGSA, DURIAN TUNGGAL.

Image
  Busu Dewa Sabtu, adik bongsu Bondaku yang tinggal di Kg Gangsa, Durian Tunggal, Melaka. Mak Long adalah kakak ipar Bondaku, isteri kepada aruah Pak Longku, Rahmat Sabtu.

HARI RAYA AIDILFITRI 2012 - HARI 1.

Image
Bangun mandi sunat raya, kami sekeluarga ke Masjid Al Ghaffar, Jasin solat sunat raya. Tamat jam 9.20 pagi balik ke rumah bersalaman dengan anak-anak dan isteri. Terus ke rumah Bonda di Taman Maju. Lepas itu ziarah pusara abah di Jasin Hilir.  Balik ke Felda Bukit Senggeh, Jasin ke rumah Mak Mertua dan ziarah pusara bapa mertua. Lepas itu ke rumah Pak Cik Mustafa. Bergerak ke Serting Hilir 2 ke rumah Busu Ibrahim. Dari Serting Hilir 2, gerak ke Alor Gajah Melaka. Ziarah Mak Lang Mariam dan Mak Lang Norliah. Terus ke Hospital Besar Melaka, ziarah Pak Long Hamzah yang sakit di 3-4-6.  Jam 8.30 mlm sampai di rumah, Tidak sampai 10 minit, ada tetamu dari KL.

SOLITAIRE GLOBAL SOLUTION SDN BHD vs TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA.

Image
Pada 10 Ogos 2012, hari Jumaat saya telah ke Tribunal Tuntutan Pengguna Johor Bahru menyerahkan 19 borang tuntutan ke atas Solitaire Global Solution Sdn Bhd (SGS). Pada tarikh 4hb-8hb Jun 2012, kami telah mengadakan lawatan pengantarabangsaan ke Indonesia dan pihak SGS telah menguruskan lawatan kami. Namun satu minggu sebelum program, SGS telah menarik diri dari menguruskan lawatan ini. Malah bayaran RM200 setiap seorang peserta dikenakan keatas kami dengan alasan SGS telah menjalankan pengurusan awal di Indonesia. Dari jumlah bayaran RM20090.00 baki RM2013 dipulangkan kepada kami dan kami meminta bantuan Utas Travel setelah berbincang dengan YDP PIBG, Yg Bhg Datuk Abdul Rahim Talib, program diteruskan dengan urusan pihak Utas.

KEBIADAPAN FU CHONG YOONG - PUSAT TUISYEN INDAH PERMAS JAYA, TANGKAK.

     Pada 30 Julai 2012, Isnin dalam akhbar Berita Harian, kita telah dipaparkan dengan satu berita yang agak menyentuh sensitiviti masyarakat Islam khasnya Melayu Islam. Tindakan pihak Tuisyen Indah Permas Jaya di Tangkak yang menggunakan pelbagai karikutur menghina sahabat Nabi Muhammad S.A.W amat dikesali dan tidak sepatutnya berlaku setelah kita hampir 55 tahun merdeka.      Fu Chong Yoong baru berusia 22 tahun dan tentulah telah diajar semasa di sekolah melalui mata pelajaran Sivik dan P.Moral tentang amalan menghormati budaya dan agama masyarakat Malaysia yang lain. Kebodohan beliau serta kakitangan pengurusan pusat tiusyen ini amat dikesali dan tindakan dengan hanya meminta maaf tidak sepatutnya diterima dengan mudah.       Apa yang membimbangkan kita, bukan setakat melukis karikutur babi bagi mewakili sahabat nabi agar pelajarnya seramai 20 orang memahami sejarah, tetapi kebiadapan beliau dalam menghormati agama ...