BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

31 January 2011

SINGAPORE - BUAT KERENAH SETIAP MASA.

Tokoh Negarawan Singapura ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Pada saya, apabila saya terbaca artikel tentang LKY dan Singapura, saya pasti teruja dengan sikap dan pendekatan yang digunapakai oleh tokoh ini.

Dalam sejarah negara, LKY seorang ahli poltik yang amat bijak dan mempunyai pandangan yang cukup berbeza dengan rakan-rakan seangkatannnya. Jika di Malaysia, cara pemikirannya bersamaan dengan Mantan PM kita, Tun Dr. Mahadhir Mohamad. Cuma Tun agak lebih berwaspada dalam berkata-kata dan melihat apakah kesan jika tindakan dilakukan.

LKY juga bijak membentuk satu masyarakat Singapore yang patuh kepada undang-undang. Rakyat bukan hanya takut hendak membuang sampah tetapi juga hendak meludah juga bukan boleh dibuang sewenang-wenang. Rakyat Singapore bila melangkah keluar dari rumah, telah disetkan dalam kepala mereka, mematuhi undang-undang Singapura. Tapi apa yang berlaku bila mereka masuk ke Malaysia melalui Johor ?

Sampah dibuang dari tingkap kereta, memandu laju, besar kepala contoh sampai berebut tempat parkir kereta dan bermacam-macam kerenah yang dilakukan sepanjang tahun jika masuk ke Malaysia.

Nampaknya, LKY tidak berjaya membentuk rakyatnya mematuhi undang-undang di luar negara mereka.

0 comments: