ZAKARIA BIN MAMAT
Beliau adalah sepupu saya. Aruah bapanya (Pak Long saya) adalah abang kepada Bonda saya. Semasa kecil, ketika kami dibesarkan di Batu 7 1/2, Kampung Gangsa, Durian Tunggal, Melaka kami amat rapat. Kemudian, beliau belajar di Politeknik Engku Omar, Perak dan kini berkhidmat dengan TNB cawangan Shah Alam. Kehidupan yang susah semasa kecil membuatkan kami berusaha gigih untuk berjaya. Muga anak-anak kami akan mengikut jejak kami belajar pandai-pandai dan berjaya dalam hidup. Bersama Zakaria Mamat. Bondaku rasa amat gembira berjumpa dengan anak buahnya.