Posts

DATARAN BASAH vs DEWAN TERBUKA.

Image
Sejak tahun 2010, perhimpunan sekolah akan diadakan di Dataran perhimpunan. Dengan bilangan pelajar satu sesi seramai 1721 orang, Dewan Besar Tun Mamat tidak dapat menampung bilangan pelajar yang kian bertambah. Cabaran perhimpunan di Dataran ialah, selepas hujan, kawasan perhimpunan basah dan pelajar sukar untuk duduk dalam barisan kelas. Jelas, kita perlukan satu dewan terbuka dengan didirikan bumbung pada dataran ini.

KORBAN RAYA ADHA 2011-SMK TUN MAMAT

Image

PERSARAAN HJH PIAH DAN HJH HASMAH.

Image
Selamat bersara buat Hjh Hasmah dan Hjh Piah.

KENDURI RAYA ADHA TAHUN 2011.

Image
Bondaku berhajat untuk mengadakan kenduri tahlil dan Yasin serta doa selamat sempena raya adha. Aku bersama Mantan Pengetua SMK Tun Perak, Jasin, Cikgu Haji Saadon.

PESANAN TUAN PPD MUAR - BEZA ANTARA ORANG JEPUN DAN ORANG KITA.

Perbezaan yang amat ketara antara Budaya Kerja Orang Jepun (OJ) dan Orang kita (OK) ialah; 1.OJ sikit-sikit kerja, OK sikit kerja. 2.OJ sikit berbual, OK sikit-sikit berbual. 3.OJ sikit-sikit baca, OK sikit baca. 4.OJ sikit makan, OK sikit-sikit makan. 5.OJ sikit silap, OK sikit-sikit silap. 6.OJ sikit silap mohon maaf, OK sikit silap marahkan orang lain. 7.OJ sikit ubah, OK sikit-sikit ubah. 8.OJ sikit-sikit berjaya, OK sikit berjaya. Maka fikirkan apa yang membezakan sikit dengan sikit-sikit. Ada baik dan buruknya. Renung-renungkan.....

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN KE-2 ( JOHOR -MEDAN-ACHEH )

Cadangan Program Pengantarabangsaan ke-2 (dengan kerjasama PIBG) akan dilaksanakan pada 24hb-27hb Jun 2012. Pada 24hb Jun 2012, dengan penerbangan Air Asia kita akan berada di Medan. Selepas mendaftar di Residence Hotel, Medan kita akan mulakan dengan lawatan setempat di Medan. Pada 25hb, atas permintaan YDP PIBG, kita akan mengadakan lawatan sehari ke Acheh dalam program "HOPE FOR HUMANITY" dengan menghulurkan bantuan kewangan ke Rumah Anak Yatim mangsa Tsunami yang ditaja oleh Kerajaan Johor. Kita juga akan melihat kesan-kesan Tsunami di Acheh. Pada 26hb pula di sebelah pagi, kita akan ke UNIVERSITAS NEGERI MEDAN dan pada petang kita akan ke YAYASAN SITI HAJAR SCHOOL . Pada 27hb Jun kita akan mengadakan lawatan ke tempat-tempat menarik di medan. Cadangan ; 1. Kos penerbangan sehala RM84 dan kos penginapan hotel Rp120,000 (RM42) semalam. 2. Jadual lawatan ke tempat-tempat pelancongan boleh diubah tetapi ke Rumah Anak Yatim Acheh, UNM dan YSHS bergantung pada balasan...

MOTIVASI DARI TUAN PPD MUAR - TUAN HAJI AHMAD OTHMAN.

Image
Mantan pengetua yang kini merupakan PPD Muar, Tuan Haji Ahmad bin Othman telah memberikan kata-kata perangsang kepada calon-calon SPM dan STPM 2011.