Posts

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

Image
Aku memelihara ikan kaloi ini setelah ikan kaloi belaan Bondaku mati. Dari saiz yang agak kecil, dalam tempoh 2 bulan ikan ini cepat membesar. Ada beberapa tips yang boleh dikongsi bersama dengan mereka yang minat memelihara ikan kaloi. 1. Jangan takut bercakap-cakap dengan ikan belaan kita. Selalu tegur akan kecantikan dia, dan pastinya dia tahu anda tuannya. 2. Penapis air mesti selalu di cuci dan dalam tempoh 3 minggu diganti dengan yang baru. Ini untuk menjaga kualiti air agar sentiasa bersih. 3. Masukkan penjernih air agar air nampak bercahaya. Makin jelas kejernihan air, ikan kaloi akan lebih aktif dan dari jauh sudah mengenali tuannya. 4. Yang amat penting, selain dari makanan khas kaloi, pastikan anda memasukan garam sedikit dalam tapisan air agar lumut dalam air dan yang melekat di badan kaloi akan mati. Musuh ikan dalam air ialah lumut terutama iakan air tawar. Garam adalah ubatnya dan mata ikan akan nampak bercahaya. Mudahkan.... jangan kita pelihara tapi tidak tahu menjaga ...

RAPTAI KEMERDEKAAN DAERAH LEDANG KE-54

Image
Persembahan tarian seramai 200 orang pelajar, bukanlah jumlah yang besar namun aspek keseragaman amat penting agar formasi gerak tari yang ditunjukkan, dapat dilakukan oleh pelajar dengan baik. Keadaan cuaca yang sekejap panas dan sekejap hujan, menyukarkan pelajar menyesuaikan diri dengan keadaan sebenar di Dataran Ledang. Tambahan lagi, permintaan daripada beberapa pihak untuk membuat beberapa perubahan drastik. Namun pelajar saya masih boleh melakukannya. Tarian Melayu, menggunakan payung. Pasukan koir sekolah. Walau pun hujan, para pelajar bersemangat berlatih.

NANU BAHARUDDIN MINAT ANJING.

Image
Gua dah tak faham lah dengan artis-artis Malaysia sekarang ni. Baru je kecoh pasal AZWAN ALI DAN DIDIE ALIAS BERGADUH DI TWITTER lepas tu timbul pulak cerita pasal artis pegang dan tidur dengan anjing. Ni gambar original punya, tak main edit-edit lah. Jom tengok gambar-gambar kat bawah ni. Ada ke siapa yang kata tak salah kalau orang Islam bela anjing? Ok, jom baca ayat ni: "Barangsiapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, Maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath," Hadis Bukhari Muslim.

LAMPU HIASAN MALAM RAYA 2011.

Image

SAMBUTAN HARI RAYA 2011.

Image
Tahun ini sambutan hari raya dibuat secara sederhana sahaja. Solat sunat hari raya di Masjid Al-Ghaffar. Dapat bersalam dengan Imam-imam termasuk Ustaz Abd Manaf. Bergerak ke rumah Bondaku, Adik-adik yang lain balik kecuali Inayah ( Sg Siput, Perak ), Hidayah ( Kuala Kedah ) dan Fairuz ( Beraya di rumah mertua di Menggong, Perak ). Aku dan Bondaku, Hajah Simah bte Sabtu. Keluarga adikku, Zamrud Hj Yahya. Bergambar beramai-ramai. Aku dan keluargaku. Keluarga adikku, Baidayah Hj Yahya. Keluarga adikku, Khairul Anuar bin Hj Yahya. Keluarga adikku, Taufik Hj Yahya. Bondaku bersama cucu-cucu perempuan. Bersama adik-adikku, kecuali Inayah, Hidayah dan Fairuz. Bonda bersama para menantu. Ziarah pusara Ayahku, Allahyarham Tuan Haji Yahya bin Husin. Ziarah pusara nendaku, Hajah Putih Adik iparku mendapat anak ke dua, perempuan.