YB Tuan Haji Ir Hamim Samuri seorang ahli politik yang amat prihatin tentang kecemerlangan pendidikan serta kebajikan guru dalam kawasan parlimennya. Semasa sesi motivasi dengan pelajar SPM dan STPM 2011, beliau sempat melihat ke Bilik Guru SMK Tun Mamat. Lantas beliau mengumumkan projek RM30,000 untuk pembangunan bilik guru SMKTM.
YB juga memberikan peruntukan tunai RM3,000.00 untuk pembelian langsir baru untuk bilik seminar, PPU SMK Tun Mamat. TQ YB.
Selama ini para pelajar beratur di dataran terbuka dalam keadaan berpanas dan basah jika hujan. Syukur kepada Allah, Mantan Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abdul Ghani Othman telah meluluskan pembinaan dewan dengan kos RM400 ribu.
Pada 16hb. Jun bersamaan hari Rabu, jam 9.00 malam telah diadakan mini orkestra ghazal. Matlamat untuk melihat hasil kerja pelajar sekolah yang telah berlatih secara intensif. Majlis di hadiri oleh Pengarah Yayasan Warisan Johor, Tuan Haji Jama bin Johan. Jamuan malam pula dibuat secara BBQ.
Comments