YB Tuan Haji Ir Hamim Samuri seorang ahli politik yang amat prihatin tentang kecemerlangan pendidikan serta kebajikan guru dalam kawasan parlimennya. Semasa sesi motivasi dengan pelajar SPM dan STPM 2011, beliau sempat melihat ke Bilik Guru SMK Tun Mamat. Lantas beliau mengumumkan projek RM30,000 untuk pembangunan bilik guru SMKTM. YB juga memberikan peruntukan tunai RM3,000.00 untuk pembelian langsir baru untuk bilik seminar, PPU SMK Tun Mamat. TQ YB.