Pada malam 26hb Febuari, MPPU kedua-dua buah sekolah mengadakan suai kenal dan sesi perbincangan tentang aktiviti dan program yang masing-masing telah rancangkan. Mula-mula seperti kekok, tetapi lama-lama terpaksa arahkan pelajar balik ke rumah kerana ada yang datang dari Sungai Dinar atau Sungai Durian, Serkat.
Selama ini para pelajar beratur di dataran terbuka dalam keadaan berpanas dan basah jika hujan. Syukur kepada Allah, Mantan Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abdul Ghani Othman telah meluluskan pembinaan dewan dengan kos RM400 ribu.
Pada 16hb. Jun bersamaan hari Rabu, jam 9.00 malam telah diadakan mini orkestra ghazal. Matlamat untuk melihat hasil kerja pelajar sekolah yang telah berlatih secara intensif. Majlis di hadiri oleh Pengarah Yayasan Warisan Johor, Tuan Haji Jama bin Johan. Jamuan malam pula dibuat secara BBQ.
Comments