ROMEO LOMBOK VS GADIS MELAYU YANG ALPA.

Pada saya, kisah cinta Romeo Lombok yang berjaya menawan hati seterusnya membawa lari gadis remaja Malaysia lebih merupakan pertembungan dua budaya. Bagi pemuda Lombok, membawa lari anak gadis merupakan satu kebanggaan bukan sahaja kepada pemuda tersebut tetapi seisi keluarga yang rata-rata mereka dari kaum yang miskin dan berpegang kuat kepada amalan budaya mereka . Budaya kita di Malaysia pula mengalami kemurungan kerana kelekaan kita dalam mengejar kesenangan hidup dan tuntutan kos hidup yang kian meningkat, keperhatinan kita kepada keperluan remaja terabai.

Kita perlu melihat isu ini dengan serius kerana apabila membabitkan gadis remaja bawah umur, kita perlu merujuk kepada sejauhmanakah Kanun Acara Jenayah, yang mengatakan apabila melarikan anak orang tanpa izin boleh dikatakan melakukan satu penculikan. Tapi apabila melibatkan kes cinta atau kerelaan gadis itu sendiri, maka timbul keraguan samada kanun ini dapat digunapakai.

Sudah tiba masanya, masyarakat Malaysia mengatakan "TIDAK" kepada lelaki Lombok yang memberikan alasan "ADAT" dalam menghalalkan cara budaya mereka membawa lari gadis Malaysia. Mereka perlu memahami budaya bangsa Melayu jika mereka mahu terus bekerja di Malaysia. Apa yang berlaku kini, jika lelaki Malaysia yang melakukan penculikan ini, pasti Kanun Acara Jenayah digunapakai dan didakwa.

Kerajaan dan NGO perlu memainkan peranan membantu mangsa dan memberi kesedaran bahawa lelaki Lombok tidak sepatutnya diterima di sini. Seluruh warga Malaysia perlu peka dan bersama-sama membantu permasalahan ini.

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.