Posts

KORBAN UNTUK HARI RAYA KORBAN 2010.

Image

MASJID "AN-NUR" TAMAN MAJU, 77000 JASIN.

Image
Tahun ini, Masjid An Nur Taman Maju telah mengorbankan 16 ekor lembu. Seperti juga tahun-tahun yang lepas, agihan daging tetap sama, 1 kilo untuk 1 keluarga. Pelik juga, kalau lembu 8 ekor, dapat 1 kilo, 16 ekor lembu tetap 1 kilo. Hanya Allah yang tahu dan kebaikan untuk kita di akhirat nanti.

JEJAK OBOR KEGEMILANGAN PRA-U2

Image
Tan Sri TPM mengadakan pertemuan dengan pelajar Pra-U2 yang akan menduduki STPM pada 23 November ini. Suntikan semangat dari TPM diharapkan dapat membakar semangat pelajar untuk berjaya. Mantan Presiden MPPU, Mohd Azlan menyerahkan Akujanji Pra-U2 kepada Pengarah Pelajaran Johor, Tuan Haji Markom. Pra-U SMK Tun Mamat diberikan kepercayaan untuk membaca akujanji.

PROGRAM JUARA TUN MAMAT.

Image
Tahniah buat GPK KOku yang baru, Cikgu Rahman Ahmad. Teruskan usaha murni dalam menjayakan program buat pelajar kita. Juga buat guru-guru yang membantu. Hanya Tuhan Yang Tahu dan akan ada hikmah yang Tuhan akan berikan buat kita.

MESYUARAT GPK TINGKATAN 6 -

Image
Mesyuarat Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam diadakan untuk membincangkan program bersama dengan GPMS Johor.

JOHAN ZAPIN ANJURAN KOPERASI JOHOR.

Image
Pertandingan Zapin anjuran Koperasi Johor telah dimenangi oleh pasukan Zapin SMK Tun Mamat.

MUET 2010 / KETUA PENGAWAS

Image
Kebiasaannya, saya menjadi Ketua Pengawas SPM tetapi pada tahun ini, saya bertugas sebagai Ketua Pengawas MUET dan STPM di SMK Tun Perak, Muar.