Salam buat semua pembaca. Syukur kepada Tuhan, kami barisan tenaga akademik PPU telah dapat mengerakkan para penuntut PPU kepentingan amalan Demokrasi dalam memilih pemimpin. Terima kasih kepada Tuan Pengetua yang merestui usaha murni ini dan semuga barisan kepimpinan MPPU yang baru dapat meningkatkan pencapaian prestasi STPM dan memeriahkan lagi program-program MPPU. Banner calon MPPU baru.
Perhatian kepada semua bekas pelajar Tingkatan 6 SMK Iskandar Shah, Jasin sesi 1983 dan 1984. Cadangan perjumpaan pada :- Tarikh : 25 Disember 2010 Tempat : Dewan Besar SMK Iskandar Shah, Jasin. Masa : 8.30 pagi Sila hubungi S/U Kelab Alumni Tingkatan Enam, Cikgu Ghani bin Ahmad Guru Penolong Kanan 1, SMK Simpang Bekoh, Jasin di talian 0136105055.
Selamat menduduki ujian 1 untuk semua pelajar Pra-U1 sesi 2010/2011. Semuga semuanya sukses dan dapat menyesuaikan diri dengan konsep pembelajaran dan pengajaran STPM.
Salam buat semua pembaca. Buat pertama kali, aku makan di luar rumah kerana malam ini tuisyen SPM tidak dapat diadakan kerana ada ujian setara. Walaupun berlaukkan pucuk ubi kayu rebus dan sambal tumis, suasana amat menyelerakan.