IMAM MUDA ASRAF DAN HAFIZ HAMIDUN - 2013
Syukur kepada Ilahi, dengan izin-Nya maka program "Terapi Jiwa, Terapi Minda - Program Motivasi Perdana 2013 " dapat dijalankan pada 16 Mei 2013. Program bermula jam 2.00 petang dengan ceramah Motivasi - Menuju Keluarga Al-Zahra telah disampaikan oleh Imam Muda Asraf sehingga waktu Asar. Solat Asar diimamkan oleh Imam Muda Asraf. Selepas solat Asar, program Hi-Tea bermula dan Hafiz Hamidun menyanyikan lagu-lagu terapi jiwanya. Terima kasih kepada AJK Program, Kebirus dan MPPPU yang telah menjayakan program ini.