Posts

Showing posts from October, 2012

DAGING KORBAN vs PEKERJA ASING 2012

Wakil AJK Masjid An-Nur Taman Maju dengan bangga mengumumkan bahawa tahun ini, 2012, bilangan lembu yang dikorbankan sebanyak 17 ekor. Pecah rekod katanya. Namun sebagai anak tempatan Taman Maju, saya ingin menyatakan rasa mushkil saya di mana, dulu-dulu bilangan lembu yang dikorbankan 10 ekor, dapat 1 KG dan kini 17 ekor dapat juga 1 KG.      Semasa bergerak ke rumah Bonda saya, saya lihat ramai pekerja asing dari kalangan Bangaladesh, Indonesia dan India telah menunggu dengan gembiranya untuk mendapatkan daging korban. Kami rakyat tempatan diberi kupon, kena isi maklumat diri dan keluarga serta bilangan ahli keluarga. Namun daging yang diagihkan tetap 1kg. Adakah pekerja asing juga mengisi borang kupon daging ?     Apa yang pasti, tahniah kepada AJK Masjid Taman Maju kerana berjaya mengumpulkan 17 ekor lembu. Taraf kami rakyat tempatan sama seperti pendatang asing juga rupanya kerana mendapat jumlah daging yang sama seperti mereka.