SEBAT PESALAH WANITA

Hukuman Sebat Di Dunia

CARA HUKUMAN DIJALANKAN: Pegawai sebat Penjara Wanita Kajang menunjukkan cara hukuman sebat syariah dijalankan ke atas pesalah wanita. -- Foto-foto BHM(Singapura)


(BERITA DARI SINGAPURA)
Tiga wanita akui tidak sakit, menginsafkan


KAJANG: Tiga wanita kumpulan pertama yang menjalani hukuman sebat mengikut undang-undang syariah di negara ini atas kesalahan melakukan persetubuhan luar nikah reda disebat dan mengaku hukuman itu memberi mereka kesedaran cukup mendalam.

Mereka, yang mahu dikenali hanya sebagai Cik Ayu, Cik Aishah dan Cik Nur, juga mengaku hukuman itu tidak menyakitkan seperti yang disangka sebelum ini.

Cik Ayu, 20-an tahun, yang juga ibu bayi berusia kira-kira setahun, berkata hukuman itu tidak mencederakan atau menyakitkan, sebaliknya bertujuan memberi keinsafan dan mengurangkan tekanan jiwa.

'Hukuman itu memberi kesedaran mendalam dalam jiwa saya. Allah memberi peluang untuk saya bertaubat dan kembali ke jalan-Nya,' katanya kepada pemberita di Penjara Wanita Kajang di sini, kelmarin.

Cik Ayu dibebaskan Ahad lalu selepas menjalani hukuman penjara dua bulan dan sebat empat kali. Beliau, yang menyerah diri di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), juga didenda RM1,000 ($414).

Menurut Cik Ayu beliau tidak mengemukakan rayuan kerana reda dengan apa jua hukuman yang diputuskan mahkamah.

'Saya wajar menerima hukuman itu, jika tidak saya tak akan sedar sampai bila-bila,' ujarnya.

Pelaksanaan hukuman itu dijalankan di Penjara Wanita Kajang pada 9 Februari lalu.

Kelmarin, wakil media menyaksikan demonstrasi hukuman sebat ke atas pesalah syariah wanita. Mengikut undang-undang syariah, hukuman itu hanya dijalankan ke atas pesalah yang disahkan sihat oleh pegawai perubatan hospital kerajaan.

Hukuman dilaksana oleh pegawai sebat wanita dalam keadaan pesalah menutup aurat.

Rotan yang digunakan berukuran maksimum 1.22 meter panjang dan 1.25 sentimeter tebal, bergantung pada keputusan mahkamah.

Cik Aishah, 18 tahun, berkata beliau terkejut dan terduduk ketika Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara, enam kali sebat dan denda RM3,000 Disember lalu.

'Walaupun berdebar, saya reda dan patut terima hukuman itu kerana hukuman di akhirat lebih hebat tetapi sekurang-kurangnya saya insaf,' katanya, yang kematian bayi pramatang berusia tujuh bulan November lalu.

Cik Nur, 20-an tahun, berkata beliau tidak berasa sakit ketika disebat enam kali dan reda dengan hukuman itu

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.